Sabtu, April 25, 2015

Program membaca 1 Malaysia

Program membaca 1 Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 21hb April hingga 23hb April 2015 telah berlangsung dengan jayanya. Kerjasama baik daripada semua kakitangan sekolah dan murid-murid menjadikan program ini berjaya berjalan seperti yang dijadual. Tahniah diucapkan kepada Ckg. Aizuddin Ashraf selaku Pengarah Program Membaca 1 Malaysia.
















Jumaat, April 17, 2015

CATUR MSSB Sandakan : Telupid Johan Bawah 12

Kejohanan catur MSSB Sandakan yang telah berlangsung pada 14-16 April baru-baru ini mencipta kebanggaan bagi pasukan Telupid bawah 12 tahun. Pasukan yang diwakili oleh 12 orang peserta terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan itu telah mengatasi pencabar utama dari pasukan Sandakan. Pasukan Telupid telah mengumpul 22.5 mata bagi kategori lelaki mengatasi Pasukan Sandakan yang mengutip 21.5 mata keseluruhan. Peserta daripada sekolah ini iaitu Adik Afely Aim dan Effar Juslim telah menyumbang 6 mata buat pasukan Telupid.

Afely Aim sekadar menduduki tempat ke 11


 Effar Juslim Sekadar menduduki tempat ke 15


Peserta catur lelaki bawah 12 tahun

Sementara bagi kategori perempuan, Pasukan Telupid juga mendahului 2 mata di hadapan Pasukan Sandakan. Pasukan Telupid yang mengumpul 22 mata menyaingi pasukan daripada sandakan 20 mata, Pasukan Kinabatangan 18 mata dan Pasukan Beluran 9.5 mata. Seorang pesera daripada sekolah ini iaitu Atikah Vincent telah menyumbang 4.5 mata buat Pasukan Telupid. Atikah Vincent seterusnya telah terpilih ke peringkat MSSN Sabah yang dijadual berlangsung pada 28-30 April di Tuaran.

 Atika Vincent tenang sebelum mula

 Atika terpilih ke peringkat MSSN Sabah di Tuaran


 
 Ckg Masru dan Ckg Haidin membawa peserta sekolah berehat di IPS Telupid


Ckg Masru bergambar dengan anak buahnya


Pasukan SMK Penangah

Ckg Kevin bersama anak buahnya dari SK Kopuron


 
Pasukan Kelab Catur Telupid


Peserta yang terpilih ke MSSN Sabah



Rabu, April 15, 2015

Taklimat SKPM

Taklimat Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), telah disampaikan oleh Ckg Vincent Sintia pada 13 April 2014 di Kelas Permata Gemilang Sk.Kiandongo baru-baru ini. Beliau yang merupakan Guru Penolong Kanan 1, telah menyampaikan taklimat di hadapan 9 orang guru sambil dipantau oleh En. Aron Abel daripada Unit Pengurusan Akademik dan rakannya En. Tengku Budiman. Objektif taklimat diadakan bagi menerangkan kriteria-kriteria yang akan dinilai semasa pencerapan P&P dilaksanakan.


 Ckg VIncent Sintia (GPK 1)  sedang memberi taklimat SKPM


 En. Aron Abel bersama rakannya En. Tengku Budiman hadir memantau taklimat yang dijalankan

Sabtu, April 11, 2015

SUKAN : Bola Sepak, Bola Tampar, Catur, MEMONTOL

Sukan Bola Sepak telah mencatatkan keputusan yang baik setelah berjaya memasuki peringkat akhir bertemu dengan Sk.Entilibon. Pasukan yang diundi bersama dalam kumpulan A dianggotai oleh pasukan daripada Sk.Penangah, Sk.Ansuan, Sk.Menanam dan Sk.Entilibon telah menunjukkan prestasi yang baik. Perlawanan yang sentiasa mencatatkan kemenangan besar itu akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Sk.Entilibon yang menundukkan pasukan sekolah sebanyak 2 kali. 3 orang pemain daripada pasukan sekolah telah terpilih ke peringkat bahagian iaitu Dix Sagitan, Afely Aim dan Jirol Ginal. Jurulatih bola sepak bagi pasukan sekolah adalah Ckg. Jemsan Sakunding. Berikut merupakan laluan perlawanan pasukan sekolah sehinggalah ke peringkat akhir.

Sk. kiandongo 3-0 Sk. Penangah
Sk. kiandongo 3-0 Sk. Ansuan
Sk. kiandongo 3 - 0 Sk. Menanam
Sk. kiandongo 0 - 4 Sk. Entilibon
Sk. kiandongo 2-1 Sk. Imbak
Sk. kiandongo 3-2 Sk. Telupid Bt 4 (Suku Akhir)
Sk. Kiandongo 3 (tendangan penalti) 2 Sk. Minusuh (Separu Akhir)
Sk, kiandongo 1-2 Sk. Entilibon (Akhir)

Pasukan Sk.Kiandongo


 Suku akhir menentang Sk Telupid (merah)

Akhir, menentang Sk. Entilibon (kuning)

 Azron, menerima hadiah Naib Johan

 Ckg Jemsan ditemani oleh Ckg Aizudin dan Ckg Stonny bergambar bersama pasukan bola sepak sekolah

Bagi Acara Bola Tampar lelaki, pasukan sekolah telah diundi dalam kumpulan 2 bersama dengan Sk. Linayukan, Sk.Tongod dan Sk. Pekan Telupid. Pasukan sekolah telah mencatat tempat kedua setelah tewas dengan pasukan Sk. Linayukan yang muncul johan di sekolah sendiri. 4 orang peserta telah terpilih daripada pasukan sekolah ke peringkat bahagian iaitu Jirol Ginal, Eyousrin Jalius, Azron Julis dan Petedrus Petrus. Jurulatih bagi pasukan bola tampar adalah Ckg. Aizudin Ashraf Che Mohd. Berikut merupakan laluan perlawanan pasukan sekolah sehinggalah ke peringkat akhir.

Sk Kiandongo vs Sk. Pekan Telupid (menang)
Sk.Kiandongo vs Sk. Pekan Tongod (kalah)
Sk.Kiandongo vs Sk. Linayukan (menang)
Sk.Kiandongo vs Sk.minusuh (separuh akhir) - menang
Sk.Kiandongo vs Sk.Linayukan (Akhir) - kalah

 Perlawanan akhir bertemu Sk.Linayukan di gelanggang SK.Linayukan

Ckg Stonny pembantu jurulatih pasukan sekolah

Ckg Aizuddin Ashraf jurulatih pasukan sekolah memberi kata semangat kepada anak buahnya

Dalam acara catur pula, seramai 9 orang peserta telah mewakili sekolah ke peringkat daerah. 6 orang daripadanya lelaki dan 3 perempuan. Bagi kategori perempuan, Atikah Vincent berjaya menduduki tempat kedua individu, sekaligus terpilih ke peringkat bahagian. Walau bagaimapun, pasukan sekolah berada di tempat ke 5 keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 12 mata tertinggal di belakang juara pasukan Sk. Kopuron dengan kutipan keseluruhan 25 mata. Berikut merupakan keputusan perlawanan setiap peserta.

Kutipan mata setiap peserta perempuan

Bagi kategori lelaki, pasukan sekolah mendapat tempat kedua dengan kutipan mata sebanyak 26.5 di belakang juara pasukan Sk.Kopuron dengan jumlah mata sebanyak 30.5 mata. Adik Afely Aim, Effar Juslim, dan Dix Sagitan daripada pasukan sekolah masing-masing mengumpul 5 mata daripada 7 pusingan di kedudukan ke 3, 6 dan 7. Kesemua mereka terpilih ke peringkat bahagian. Jurulatih bagi permainan catur adalah Ckg. Masru Mustakim. Berikut merupakan keputusan perlawanan setiap peserta.

Kutipan mata setiap peserta lelaki

keadaan dalam dewan pertandingan

Elpi tersengih..

Effar Juslim, senyum..

Afely (memakai vest) menentang juara kategori (Caleb) dari Sk.Kopuron


Shaffika (Tengah)  tenang sebelum mula..


Atikah khusyuk melihat buah catur hitamnya..

Ckg Masru (baju kuning) bergambar dengan pihak penganjur kejohanan