Ahad, Februari 22, 2015

Dialog Prestasi 2015

17 Feb 2015, baru-baru ini telah berlangsung "Dialog Prestasi" di antara  pihak sekolah dengan ibu bapa. Satu perjanjian telah dimetrai antara ibu bapa, murid dan guru (sebagai ibu atau bapa angkat murid). Perjanjian yang dimetrai di hadapan Timbalan pengarah Pendidikan Daerah Tongod (En. Jamain Bakut) ini, merupakan satu ikrar taat setia diantara tiga komponen utama iaitu Ibu bapa, guru dan murid melakukan yang terbaik bagi mencapai target UPSR murid tersebut. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulai dengan ceramah keibubapaan yang bertajuk "Mengapai Impian" telah disampaikan oleh Ckg. Masru Mustakim. Program kemudian diteruskan dengan "Dialog Prestasi" yang disampaikan oleh Ckg. Aizuddin Ashraf Bin Che Mohd yang membincangkan peningkatan prestasi sekolah sehingga kini. Perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid telah termetrai sekitar jam 11am sebelum ucapan pelancaran disampaikan oleh En. Jamain Bakut yang ditemani oleh rakan PPD En. Muhammad Soddiq Norazmi. Majlis di akhiri dengan penyampaian banuan RM100 kepada setiap murid yang disampaikan oleh setiap guru kelas masing-masing

 Ckg Aizuddin bentang prestasi sekolah




Program menandatangani perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid

 Laiwin Mahir (YDP PIBG) yakin anaknya mendapat 5A


 Ckg Stonny janji telepon model terbaru untuk Welnah Matturis

 Ckg Haidin dengan anak angkatnya Atikah VIncent 

 Ckg Anitah Matni dengan anak angkatnya Purman dan Memon 


 Ckg Vincent dengan anak angkatnya Eyousrin Jalius 


 Ckg Aizuddin dengan anak angkatnya Octovianus Koh Eng Luk 


Ucapan Pelancaran oleh En. Jamain Bakut (Timbalan PPD Tongod (Telupid)

Sabtu, Februari 14, 2015

MSSDT : Atlet Sekolah sumbang 4 Pingat

Sukan MSSDT yang berlangsung pada 08-09 Februari di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini telah melibatkan 6 orang atlet daripada sekolah ini bagi mewakili Zon Tongod. Apapun, tiga daripada mereka pulang tanpa membawa pingat dan 3 orang lagi telah menyumbang pingat perak bagi pasukan Tongod. Elistina Jasmi muncul atlet pertama sekolah yang menyumbang pingat perak bagi acara lompat jauh dengan jarak lompatan sejauh 3.55 meter di belakang tempat pertama daripada Zon Penangah adik Nurul Shazwani dengan jarak lompatan sejauh 3.66 meter. Sementara Adik Evanasasah daripada Zon Sapi di tempat ketiga dengan jarak lompatan sejauh 3.51 meter.

Atlet kedua daripada sekolah ini Adik Jirol Jinal menyumbang pingat kedua dan ketiga buat pasukan setelah berjaya di tempat ketiga bagi acara Lompat Jauh. Jirol mencatatkan jarak lompatan sejauh 4.28 meter setelah ketinggalan di belakang naib johan daripada Zon Entilibon Adik Horward Russel dengan beza sejauh 0.16 meter. Sementara Juara Lompat Jauh dimenangi oleh Adik Kejialbie Jose daripada Zon Ulu Sapi dengan jarak lompatan sejauh 4.68 meter. Bagi Acara Lontar Peluru, Jirol berada di tempat kedua dengan jarak lontaran sejauh 8.02 meter di belakang pesaing sepasukan Adik Erwin Jasrin 8.27 meter. Sementara tempat ketiga adik Adam Hakimi daripada Zon Sapi dengan jarak lontaran sejauh 7.83 meter.

Adik Dix Sagitan muncul atlet ketiga sekolah yang berjaya menyumbang pingat buat pasukan setelah berjaya meninggalkan pesaingnya dalam acara 80 meter lari berpagar. Dix yang memulakan momentum larian dengan baik sehinggalah ke penamat berjaya mengatasi 6 orang pesaingnya sebelum muncul naib johan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan terumatanya daripada Zon Telupid yang telah muncul juara dengan mengumpul 37 pingat emas keseluruhan. Tahniah diucapkan juga kepada penganjur kejohanan daripada Zon Tongod yang telah berusaha sebaik mungkin bagi menjayakan MSSDT pada tahun ini.

Untuk melihat lebih jelas acara balapan yang telah berlangsung, di sini kami ada sediakan link di bawah untuk sama-sama kita saksikan. Kami memohon maaf atas video yang kurang jelas. Untuk menyaksikan video yang lebih jelas, bolehlah mendapatkan salinan softcopy dalam bentuk DVD dengan harga RM10. (Hubungi Masru 014-8608242)


Adik Jirol (1 Perak, 1 Gangsa) dan Elistina (1 Perak)
 Dix dibelanja makan setelah berjaya mendapat tempat kedua acara 80M Lari Berpagar

 Ckg Masru dan Ckg Kamarudin sempat "berposing"

 En. Paulus Yapas (GB Sk.Kiandongo) hadir memberi semangat

YB Datuk Masiung Banah hadir merasmikan Kejohanan Sukan

Jumlah kutipan pingat keseluruhan bagi setiap Zon


Johan          - Zon Telupid     - 37 Emas
Naib Johan - Zon Penangah  - 15 Emas
Ketiga         - Zon Tongod     - 11 Emas
Keempat     - Zon Entilibon   - 8 Emas
Kelima       - Zon Sapi           - 7 Emas

klik Link di bawah untuk melihat video acara balapan: