Jumaat, Mei 22, 2015

TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADAU

Hari ini 21hb Mei 2015, satu Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah diadakan d Pejabat Majlis Daerah Tongod. Talimat yang dihadiri oleh 3 buah sekolah ini (SK.Kiandongo, SK.Pekan Tongod dan SK.Sogo-Sogo-Sogo) telah dipengerusikan oleh En. Maha Nain (Guru Besar SK.Pekan Tongod). Beliau telah menyentuh tentang penilai pertama dan kedua yang diadakan sebanyak 2 kali setahun.
En. Maha Nain (GB SK Pekan Tongod) memulakan sesi taklimat


Taklimat seterusnya berkaitan jawatankuasa PBPPP. Ia telah disampaikan oleh Pn.Roslin Hj Tund. Taklimat seterusnya diteruskan oleh En. Vincent Sintia dari SK.Kiandongo yang membentang tajuk Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD). Pembentang seterusnya daripada SK.Pekan Tongod iaitu En. Mohd Dzulkifli Piluk tentang Kaedah Penilaian.






Peserta taklimat di bilik Majlis Daerah Tongod

Penangguhan dilakukan oleh En. Maha Nain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan