Rabu, Mei 20, 2015

PIBG BERSAMA SABAH CARE

Program PIBG bersama Sabah Care yg berlangsung pada 16 Mei baru-baru ini telah meninggalkan satu nilai "keinsanan" di antara masyarakat bandar dan luar bandar.  program yang berlangsung selama sehari ini padat dengan aktiviti kemasyarakatan, motivasi dan sukaneka.

Seawal jam 9.00am, Sabah Care telah memberikan pakaian terpakai percuma kepada murid-murid sekolah bersama ibubapa. Pakaian ini merupakan sumbangan daripada orang ramai berbilang agama dan latarbelakang untuk d salurkan khas ke Kampung Kiandongo.
Sdr Aim (JKK Kg.Kiandongo) dan Sdr Laiwin (YDP PIBG) memberi sedikit ucapan
Sdr laiwin memberi sedikit ucapan
Add caption
Murid setia menanti

Para petugas Sabah Care menyusun pakaian terpakai sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada masyarakat Kg.Kiandongo



 Barang sumbangan dilonggok sebelum diagihkan
Ibu bapa dan murid-murid memilih pakaian yang mereka suka


Barang permainan kanak-kanak juga menjadi rebutan kanak-kanak sekolah
Gembira mendapat banyak pakaian




Murid sekolah yang gembira menerima sumbangan

Berebut sebuah beg

Persembahan UK5 yang menghiburkan

Sesi bergambar selepas pemberian pakaian selesai
Pada jam 2.00pm, satu ceramah motivasi telah di adakan di sekolah ini. Murid-murid dari tahun 1 hingga tingkatan 1 diberikan ceramah motivasi pendidikan. Sementara ibu bapa, diberikan motivasi keibubapaan yang disampaikan oleh Ckg Masru. Semua ceramah ini berkisar tentang kepentingan pendidikan dan masa depan anak-anak serta keluarga.


Ibu bapa mendengar ceramah keibubapaan bersama panel kedua Ckg Faiz

Ibu Bapa khusyuk mendengar ceramah

Sdr Aim Ansang (JKK Kampung Kiandongo) berkongsi pandangan
Sdr Laiwin Mahir (YDP PIBG SK.Kiandongo) menggulung perbincangan

Murid sekolah mendengar ceramah motivasi

Murid-murid sekolah diberikan ceramah motivasi tentang bagaimana untuk berjaya dalam pendidikan

Sesi bergambari beramai-ramai diadakan selepas selesai sesi motivasi dijalankan
Selesai ceramah motivasi, satu aktiviti sukaneka d jalankan. Antara permainan yang dijalankan adalah persahabatan bolasepak lelaki dan perempuan. Bagi pasukan lelaki, 3 kumpulan telah dibentuk iaitu Kumpulan PIBG, Sabah Care dan Belia. Bagi Pasukan wanita, Gabungan, Remaja dan PIBG. Pada akhir perlawanan, Sabah Care sempat memberikan sebiji bola sepak kepada wakil Kg.Kiandongo En. Aim Ansang (JKK KG Kiandongo) sebagai simbolik semangat kesukanan yang ditunjukkan.

Persahababatan Sabah Care vs PIBG SK.Kiandongo



Tarik tali PIBG menentang Sabah Care
Sdr Sahar (Wakil Sabah Care) memberi sumbangan sebiji bola kepada JKK Kampung sebagai simbol semangat kesukanan yang ditunjukkan

Bagi kategori kanak-kanak, terdapat pelbagai aktiviti turut diadakan. Antara permainan yang menjadi kesukaan adalah permainan tarik tali. Di akhir, murid-murid diberikan permainan terpakai yang turut dikumpul melalui sumbangan orang ramai. Sebagai PIBG sekolah, kami merakamkan berbanyak terima kasih kepda Sabah Care yang sudi menjalankan program kesinsanan d kampung ini.  Semoga berjumpa lagi d masa akan datang.

Sukaneka bersama murid-murid sekolah



kanak-kanak diberikan mainan sumbangan orang ramai di akhir sukaneka




Adik Sinlu Nikfik menerima sebuah basikal sumbangan orang ramai yang disambaikan oleh Sdr Ahmad Fahmi. Adik Sinlu merupakan seorang murid miskin yang sentiasa menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Dia tidak mempunyai masalah disiplin bahkan selalu menunjukkan sifat positif di dalam kelas.

Gambar kenangan selesai tamat program




Tiada ulasan:

Catat Ulasan