Ahad, November 23, 2014

MSK vs MAK 2014

Jika 7 tahun berturut-turut dikenali sebagai Malam Seribu Kenangan (MSK) bermula pada tahun 2007 kini, MSK telah ditukar menjadi Majlis Apresiasi Kecemerlangan (MAK). Semuaya hasil cetusan ilham Ckg Aizuddin Ashraf yang mencadangkan agar lihat majlis tersebut lebih memfokus kepada kecemerlangan murid-murid samada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.00pm ini terpaksa dilewatkan sedikit hampir setengah jam berikutan hujan yang turun. Tarikh 20hb Nov memori ini sekali lagi tercipta. Kehadiran Pn. Duisa Uga (Pegawai Fasilinus Matematik PPD Tongod Telupid) telah menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

Pn. Duisa Uga (perasmi MAK 2014)

Tirai majlis ini dibuka dengan persembahan Slaid Sepanjang Tahun yang telah disediakan oleh Ckg.Masru Mustakim. Slaid yang memakan masa hampir 10 minit ini memaparkan keseluruhan aktiviti yang  melibatkan murid sekolah sepanjang tahun 2014.

Majlis diteruskan dengan penyampaian-penyampaian anugerah secara berselang-seli dengan persembahan. Tokoh murid bagi tahap satu telah disandang oleh adik Dwi Shazlina Bt Armon dan bagi tahap dua dianugerahkan kepada Adik Wellen Aleshia Matturis. Kriteria anugerah ini berdasarkan kecemerlangan akademik yang dipamerkan.





Sementara itu, Tokoh Murid bagi tahun ini telah dianugerahkan kepada Adik Winnie Jimis (Ketua Pelajar Sk.Kiandongo) yang telah banyak menyumbang dan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang baik. Manakala adik Octovianus dinobat sebagai Tokoh Harapan kerana menunjukkan prestasi kecemerlangan akademik dan sukan yang semakin meningkat.


Antara persembahan yang mencuit perhatian hadirin yang hadir adalah tarian kreatif daripada murid tahun 6. Tarian yang diajar oleh bekas murid Sekolah Seni Kuching (Alfoy Dimo) benar-benar menarik dan menceriakan suasana.


Tarian Kreatif murid tahun 6

Majlis MAK 2014 ini diakhiri dengan konvokesyen murid tahun 6 dan penerimaan sijil penghargaan kepada semua Staf Sk.Kiandongo yang telah berkhidmat cemerlang sepanjang tahun 2014. 


 Barisan Penerima Sijil Konvokesyen

 
 
 Bergambar kenangan bersama Pn Duisa Uga, guru-guru dan murid tahun 6



Jumaat, November 21, 2014

HARI KELUARGA : Tambunan, Keningau, Tenom Dalam Misi Lawatan 2014

Sudah menjadi adat bagi Kelab Guru SK.Kiandongo, pada hujung persekolahan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke mana-mana kawasan menarik. Pada kali ini, kelab guru menjelajah ke Daerah Tenom Negeri sabah. Sebuah dareah yang terkenal dengan gelaran "Kopi Tenom" yang yang menjadi kebanggaan masyarakatnya.

Perjalanan yang berlangsung pada awal hari Jumaat (14hb Nov) daripada Tongod telah tiba di Pekan Tambunan seawal jam 2pm. Lokasi tumpuan utama adalah di kawasan air terjun Mahua atau dikenali sebagai Taman Banjaran Crocker. Di sini, kita sempat meraikan sambutan hari keluarga guru dan staf serta sedikit penghargaan kepada Ckg Kertini Toibon dan Sdr Alfoy Dimo yang banyak berjasa kepada sekolah selaku guru ganti dan guru tari sekolah.
Pintu masuk Taman Banjaran Crocker

Menikmati keindahan Flora-Fauna

Aktiviti BBQ

Kesejukan mandi di Air Terjun Mahua


walaupun sejuk, murid tetap seronok


 Penghargaan kepada Ckg Kertini Toibon

 Penghargaan kepada Sdr Alfoy Dimo


Kek tempahan khas untuk hari keluarga 


Ucapan daripada Ketua Kelab Guru

Pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke Derah Tenom. Taman Pertanian Sabah menjadi tumpuan utama. Di sini, kami disambut baik oleh pekerja Kopi Fatt Choi Tenom. Selain diberi taklimat berkaitan proses kopi Tenom dihasilkan, kami juga di bawa melawat proses itu dijalankan dan sempat merasa keenakan Kopi Tenom yang diberikan secara percuma.


 Murid mendengar taklimat daripada pekerja


Sebahagian mesin yang memproses Kopi Tenom


Minuman free yang menyeronokkan

 Ckg Susan mendendangkan alunan muzik kulintangan


Lawatan diteruskan ke Taman Pertanian Sabah dengan melihat keindahan bunga-bunga yang pelbagai jenis. Di sini terdapat pelbagai spesis tanaman yang bukan sahaja bermanfaat untuk kesegeran halaman rumah tetapi juga bermanfaat kepada kesihatan badan.
Pelbagai bunga mewangi di taman


Murid di bawa meronda-ronda Pusat Pertanian Sabah menggunakan keretapi

 Suzley terpegun melihat keunikan replika Pahlawan Murut

 Muzium Kaum Murut

 Tugu Perhentian Askar Australia semasa tawanan tentera Jepun

Bergambar di tugu peringatan

Pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke Kolam Air Panas Poring. Di sini, kami sempat bermandi-manda sebelum meneruskan perjalanan pulang semula ke Sekolah Sk.Kiandongo, Tongod.



Ckg Jemsan & Ckg VIncent


Rabu, November 12, 2014

Kejohanan Catur : Afely tiada pesaing



Kejohanan catur peringkat sekolah telah berlangsung awal pagi tadi (11 Nov 2014). Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pertandingan yang berlangsung selama 6 pusingan ini tidak menampakkan saingan bagi Afely Aim muncul johan. Adik Afely yang semakin meningkat strategi permainannya mudah saja menewaskan 6 orang lawannya tanpa pernah kalah.

 Tempat kedua dimenangi oleh adik Dix Sagitan dan tepat ketiga oleh Adik Betlen Philipmus. Tujuan pertandinagan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain catur untuk diketengahkan ke sukan zon pada awal tahun depan.
 Afely Juara (baju sekolah)

Dix Naib Juara (baju biru)


Betlen tempat ketiga


Ketua Penasihat Kelab Catur (Ckg Masru)

 
Suasana di mini dewan pertandingan

Kedudukan markah murid
Pusingan Terakhir (6 pusingan)

Sabtu, November 08, 2014

MSSZT 2014 : Sk.Kiandongo Sekadar Naib Johan

Sukan MSSZT Kali ke-6 yang telah berlangsung pada 5-6 Nov di Padang Sk.Kiandongo kelmarin telah dirasmikan oleh En.Ladius Matusip daripada Unit Psikologi & Kaunseling PPD Tongod, Telupid.  Turut hadir bersama dengan beliau adalah dua rakan sepejabatnya En. Abdul Qadir dan En. Melbert. Sukan yang turut  dihadiri oleh barisan guru besar setiap sekolah yang terlibat ini telah memeriahkan lagi kejohanan yang berlangsung.


En. Ladius Matusip

Barisan tetamu VIP

 En. Paulus Yapas (Guru Besar Sk.Kiandongo)



Bacaan Ikras oleh Adik Jenny Quelen Nelson
Wakil Atlet dari Sk.Kiandongo

Sukan yang penuh bermakna ini sekadar mencatatkan sekolah ini di tempat kedua keseluruhan. Sebanyak 14 pingat keseluruhan telah berjaya dikutip dan 3 daripadanya berwarna emas, 5 perak dan 6 gangsa. Ini sekaligus tidak dapat menundukkan juara keseluruhan daripada SK. Pekan Tongod dengan jumlah kutipan emas keseluruhan sebanyak 11 emas, 4 perak dan 3 gangsa.

Papan kutipan pingat


walaupun sebelum sukan SK.Kiandongo telah mengimpikan 6 pingat emas keseluruhan, namun ia berlaku sebaliknya. 2 tumpuan utama melalui acara kegemaran 80 meter lari berpagar kategori lelaki dan perempuan tidak dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun lepas. Kedua-dua atlet kategori lelaki dan perempuan sekolah (Dix Sagitan dan Atikah VIncent) sekadar akur di tempat kedua dan ketiga setelah berjaya dipintas oleh atlet SK.Pekan Tongod dengan catatan masa 16:44 saat dan 17:90 saat lelaki dan perempuan.

 

 Jirol (Perak)

 Sekali lagi SK.kiandongo ingin mencuri emas dengan mempertaruhkan Olahragawan sekolah pada tahun ini adik Jirol Ginal melalui acara kesukaannya Lompat Jauh. Namun, hasrat untuk meraih emas bertukar perak setelah 2 lompatan terakhirnya dikira batal oleh pengadil. Dalam acara Lontar Peluru, Jirol menyumbang pingat perak dengan lontaran sejauh 8.50 meter.


 Elyana (Emas)

Olahragawati Adik Elistina Jasmi melalui acara kegemarannya Lompat Tinggi tidak dapat menyaingi rakan sekolah sendiri Adik Elyana Maika yang muncul johan dengan lompatan setinggi 1.075 meter. Elyana dicabar oleh naib johan daripada SK.Pekan Tongod Jonie Jeryca Amon dengan lompatan  setinggi 1.025 meter. Elyana telah membuat lompatan yang sangat tenang dan bersahaja sehingga muncul johan. Elistina terpaksa akur ditempat ketiga dengan lompatan setinggi 1.0 meter. Walau bagaimanapun, Elistina turut menyumbang pingat perak untuk sekolah melalui acara kesukaannya Lompat Jauh.



Elistina Jasmi (Perak)


 Octovianus (Emas)

Octovianus (Emas)

Adik Octovianus Moses yang dijangka menang mudah untuk acara kegemarannya Lompat Tinggi kategori lelaki nampaknya terpaksa bekerja keras ke arah itu. Naib Johan pada tahun lepas ini telah diberi saingan hebat oleh peserta daripada SK.Imbak Adik Freky. Walaupun pada lompatan terakhir Adik freky ini telah mengalami kecederaan yang teraksa di bawa ke Klinik Tongod namun, telah berjaya menyumbangkan pingat perak untuk sekolahnya. Octovianus berjaya mencipta rekod peribadinya setinggi 1.25 meter mengalahkan adik Freky setinggi 1.22 meter dan di tempat ketiga 1.10 meter disandang oleh Adik Febian dari SK.Sogo-Sogo.




 Shaffika (Emas)

Adik Shaffika Laiwin melalui acara tunggalnya Lontar Peluru perempuan, telah meraih pingat emas dengan lontaran sejauh 6.51 meter. Ini sekaligus mengalahkan pencabar terdekatnya adik Veena Elisa Jimi dari SK.Pekan Tongod dengan lontaran sejauh 6.41 meter.

Oahragawati & Olahragawan

Olahragawan dan Olahragawati telah dinobatkan kepada 2 orang atlet dari SK. Pekan Tongod setelah berjaya meraih 4 emas keseluruhan melalui 2 acara individu dan 2 acara berpasukan.


Gabungan Pengakap dan PKRS

Gimik penyerahan bendera kejohanan


Sukan MSSZT kali ke-6 ini ditangguh dengan penyerahan bendera kejohanan oleh gabungan persatuan Pengakap dan PRS Sekolah Sk.Kiandongo. Gimik penyerahan ini telah berlangsung dengan semangat kesukanan di mana SK.Sogo-Sogo melalui guru besarnya En.Sipin Sikin yang menerima bendera kejohanan bakal menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.



3 orang atlet sekolah yang menyumbang pingat emas
Octovianus, Elyana dan Shaffika

Berikut merupakan pungutan pingat yang berjaya dikutip oleh Kontingen dari SK.Kiandongo:

Kutipan pingat setiap atlet