Rabu, September 10, 2014

Kertas Sains UPSR bocor: TPM minta maaf

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa kertas Sains 018, 028, 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).
Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, lembaga itu memberitahu, sehubungan itu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan pada 30 September.
Kenyataan itu juga berkata, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga berkenaan, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar meluas menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

TUMPAT 10 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa mereka berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor dan penangguhannya kepada 30 September ini.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak menggangu tumpuan para calon.
"Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE

Isnin, September 08, 2014

SEMOGA CEMERLANG UPSR 2014

Setelah hampir 6 tahun mereka bersekolah di sini. Ilmu demi ilmu mereka timba daripada setiap guru-guru yang mengajar. Segala ilmu pengetahuan telahpun dicurahkan. Tidak tertinggal walau sedikitpun. Dari abc hingga kenal dunia dikari. Pagi petang siang dan malam. Ilmu diperturun ke dada. walau penat letih bermandi peluh dan keringat. Tidak pernah lokek guru memberi. Tiada satu soalan yang tertunggak. Semuanya telah tuntas. keperihatinan setiap guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga Sk.Kiandongo ditumpahkan sepanajang sesi persekolahan 2009-2014.

Mereka sejiwa. Mereka sekata. Bermain mereka bersama. Ke kiri dan ke kekanan bersama. Setiap memori dan kenangan dinikmati bersama. Mereka ibarat adik beradik. Seibu sebapa. kini, hampir tiba masanya. 09-09-2014 pasti menjadi tarikh keramat. Hari pertama UPSR bermula. Masa untuk output segala ilmu di dada. Adakah keputusan mereka sama? Atau jawapan mereka berbeza?



Kami merestui mereka. Bagaimana dengan anda? Semoga mereka cemerlang dalam UPSR 2014.




#Pray For UPSR 2014.
#Pray For Our Students and yours.
#GodBlessYou

Selasa, September 02, 2014

MALAM RESTU UPSR

Pada 27 Ogos yang lepas, Sk.Kiandongo telah menjalankan program Malam Restu UPSR 2014. Program yang berlangsung waktu petang ini telah dihadiri oleh Wakil PPD Tongod iaitu Pn. Duisa Uga. Program ini lebih bermakna juga kerana turut dihadiri oleh para jemputan daripada ibu bapa murid-murid tahun 6 serta wakil daripada PIBG.

Program yang berlangsung hampir 2 jam ini bertujuan untuk mendapat restu UPSR daripada semua pihak. Setelah lebih 2 bulan mengikuti program "Kampus Kiandongo" inilah saat yang penuh bermakna untuk mendapatkan restu daripada semua pihak. Ini bertujuan agar setiap ilmu yang ditimba oleh murid mendapat berkat dan mampu menjawab setiap soalan dalam peperiksaan UPSR yang dijadual berlangsung pada minggu depan. Program dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ckg Aizuddin Ashraf. Selepas ucapan, murid-murid bersalaman dengan semua guru-guru dan ibu bapa sebagai simbolik untuk mendapatkan restu mereka.

Jamuan ringan pada akhir program turut disediakan dan kemudian diikuti dengan sesi bergambar.


 Ucapan daripada PK1 (Ckg. Andrew Justine)


 Ucapan Guru Besar (En. Paulus Yapas)


 Ucapan wakil daripada PIBG (En. Saleh)


 Ucapan perasmian daripada Pn. Duisa Uga




 Aktiviti bergambar bersama guru-guru dan ibu bapa


Aktiviti bergambar bersama guru-guru dan murid-murid tahun 6


#semoga berjaya murid-murid tahun 6

Bengkel Kecemerlangan UPSR Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6 2014

Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris telah di laksanakan bertempat di SK KIANDONGO. Program ini dianjurkan oleh Panatia Bahasa Inggeris dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah. Penceramah yang di jemput ialah Cikgu Kevin Suresh D Costa. Penglibatan adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan tahun 6. Semua murid amat bersemangat mengikuti program ini. Salah seorang murid iaitu Kartila Toibon meyatakan bahawa program ini amat berguna dan yakin akan lulus dengan Gred A untuk peperiksaan UPSR BI pada tahun ini. Program ini dilaksanakan untuk meyahut seruan Tuan Mahanin Osman selaku Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Telupid yang ingin proses persediaan menghadapi UPSR dilakukan sehingga jam yang terakhir. Pihak sekolah merakamkan setinggi ucapan TERIMA KASIH atas kesudian Cikgu Kevin datang ke SK Kiandongo. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada Puan Moilin yg telah datang pada waktu yang sama untuk memberi dorongon kepada warga SK Kiandongo untuk terus berjuang. SK KIANDONGO WADAH KECEMERLANGAN SEKOLAH PENDALAMAN SABAH... Terbaik tetap dikejar.

Cikgu Kevin sedang menyampaikan teknik dan tips menjawab
kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR 

Murid-murid memberi tumpuan sepenuhnya 

Bergambar bersama penceramah Cikgu Kevin, sebagai tanda kenangan 



Penyampaian sijil perhargaan buat Cikgu Kevin di atas kesudian beliau hadir ke Program ini 

Bersama Puan Moilin Tati dalam Dialog Prestasi dengan guru-guru matapelajaran UPSR Tahun 6