Khamis, Julai 24, 2014

Kampus Kiandongo terus memecut


Ini merupakan Tahun ke 4 kampus kiandongo dilaksanakan dan ia telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi, setiap tahun program ini ditambahbaik. Dan bagi tahun ini, 2014 program ini melibatkan dua fasa dan keseluruhan program mengambil masa 9 minggu dimana fasa 1 empat minggu dan 5 minggu untuk fasa kedua.  Menurut pengarah program, En. Aizuddin Ashraf bin Che Mohd, penglibatan aktif semua pihak dalam menjayakan program Kampus Kiandongo fasa pertama  ini termasuk guru-guru amat mengagumkan, paling mencuit hati ialah sumbangan dari ibubapa yang memberi pelbagai sumbangan seperti beras, ayam, minyak masak, gula dan sebagainya. Kesedaran ibubapa atau penjaga di Kampung Kiandongo semakin meningkat dan jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Manakala guru-guru SK Kiandongo pula bertindak sebagai tenaga pengajar  secara sukarela mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Murid-murid juga kali ini menunjukkan semangat dan motivasi yang tinggi untuk berjaya. Kita menjangkakan dan berharap keputusan UPSR tahun ini adalah yang terbaik kerana murid-murid mempunyai sikap positif dan keinginan untuk berjaya sangat tinggi, ini dibuktikan dengan terdapat murid-murid yang turut berpuasa bersama-sama guru-guru yang beragama islam dan berbuka bersama mereka.
Program kali ini telah dirangka dengan baik dengan kerjasama semua guru-guru dan pentadbir, selain mengenakan yuran kepada murid-murid yang terlibat, ia turut melibatkan sumbangan ikhlas tenaga pengajarannya serta orang perseorangan dan sebuah syarikat pembekal. Fasa 1 akan berakhir pada 25 Julai ini dan fasa 2 akan bermula pada 4 Ogos ini. Kita berharap dalam masa yang singkat ini,momentum kecemerlangan diteruskan dengan memecut dengan lebih laju. Jika seseorang masuk dalam acara sukan lumba lari, 400 meter, 50 meter yang terakhir dia mesti akan memecut lagi laju, begitu juga konteks belajar,  masa semakin singkat maka masa yang ada harus digunakan dengan sebaik mungkin.
Sementara itu, seorang guru wanita yang bertindak sebagai penyediaan makanan dan minuman untuk murid-murid sepanjang program ini berlangsung berpendapat bahawa murid-murid tahun ini bukan sahaja pandai tetapi mempunyai sikap yang baik, rajin menolong, malah menghormati guru,pandangan beliau turut dikongsi dengan seorang guru Bahasa Malaysia yang turut berpendapat murid-murid tahun ini mempunyai budi peketi yang baik serta rajin. Semoga murid-murid tahun ini memperolehi keputusan yang cemerlang dengan usaha yang telah ditunjuk oleh murid-murid ditambah dengan iringan doa dan harapan dari semua guru-guru, ibubapa, dan semua warga kiandongo tiada yang mustahil untuk mencatatkan keputusan cemerlang pada tahun ini  tambahnya lagi ketika mengakhiri perbualan beliau.



Taklimat Pengisian Borang Permohonan KWAPM & RMT bagi sesi 2015


                    Pada Selasa lalu, 22 Julai 2014, bertempat di Kantin RMT SK Kiandongo, jam 8.00 pagi telah diadakan Taklimat Pengisian Borang Permohonan KWAPM & RMT bagi sesi 2015 untuk semua ibubapa atau penjaga. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) & Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk Tahun 2015. Menurut penyelaras KWAPM SK Kiandongo, En. Vincent Sintia program seumpama ini julung kali diadakan,  ia diadakan bagi memberi penerangan dan taklimat pengisian borang KWAPM & RMT bagi tahun 2015, ibubapa dijemput hadir sendiri ke sekolah bagi mengisi borang permohonan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan keciciran, kita telah menjemput semua ibubapa melalui surat yang telah diedarkan sejak minggu lalu lagi, dan kita bersyukur sambutan adalah amat mengalakkan. Taklimat ini dijalankan merangkumi tentang kelayakkan pemohon, cara-cara memohon dan cara mengisi borang. Selain itu melalui pengisian borang KWAPM, pihak sekolah dapat mengetahui status terkini  pemohon dan mereka yang berkelayakkan akan dibantu. Ibubapa dibimbing secara langsung dengan bantuan guru-guru pada masa tersebut dan diisi secara kumpulan, ini mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang, ujurnya. Beliau turut berharap agar ibubapa dapat menghantar borang tersebut secepat mungkin bagi melancarkan urusan KWAPM & RMT untuk Tahun 2015. 
               
                Sementara itu bagi penyelaras RMT, Pn. Anitah Matni turut menyentuh mengenai taklimat pengisian borang RMT, beliau turut berharap agar ibubapa dapat mengembalikan borang permohonan secepat mungkin. Dalam perjumpaan tersebut turut dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan rotong-royong pada jumaat ini ( 25 Julai 2014). Kita berharap sambutan agar ibubapa dapat hadir melibatkan diri sebagai tanda memberi sokongan untuk setiap aktiviti atau program sekolah demi memastikan kecemerlangan murid-murid Kiandongo, ujur Pn. Susan Lagayan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dengan penuh optimis.





Ahad, Julai 20, 2014

Aktiviti TKRS SK Kiandongo bulan Julai

Persatuan unit beruniform TKRS telah mengadakan aktiviti tentang kepentingan Memelihara alam sekitar. Aktiviti dilakukan dikawasan hutan berhampiran dengan sekolah. Lawatan ke Pusat Ternakan Ikan air tawar Puan Elizebeth juga telah dijalankan untuk mendedahkan kepada murid tentang bidang bidang keusahawanan yg boleh diceburi satu hari nanti.

Penyerahan cenderahati semasa lawatan ke kolam ternakan ikan Pn Elizabeth Kasumin

Guru penasihat bersama anak-anak didik TKRS

Bergambar di kolam terapung Pn Elizabeth

 
Gelagat ahli-ahli TKRS



Bersama guru penasihat TKRS En. Stonny Anthony dalam aktiviti kesedaran pemuliharaan alam sekitar

Adik-adik cilik TKRS
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program kesedaran pemuliharaan alam sekitar
Ahli-ahli TKRS 2014 SK Kiandongo

Khamis, Julai 17, 2014

Akhirnya Kampung Kiandongo mempunyai Tadika.

Sebuah tadika akan dibuka pada Isnin ini ( 21 Julai 2014) bertempat di Balai Raya Kampung Kiandongo untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak Kampung Kiandongo. Penantian sejak sekian lama masyarakat Kiandongo akhirnya menjadi realiti pada Tahun 2014 melalui hasil perjuangan masyarakat setempat. Semoga dengan terbukanya sebuah tadika ia mampu meningkatkan lagi taraf pendidikan di Kampung Kiandongo. Kewujudan sebuah tadika amat penting bagi memastikan persediaan kanak-kanak cukup sebelum memasuki sekolah rendah. ( Tahun 1). Menurut seorang kakitangan sekolah yang juga penduduk Kampung Kiandongo beliau menyambut baik pembukaan sebuah tadika walaupun beroperasi di permis sementara kerana ia memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar khususnya dalam bidang pendidikan,sementara itu seorang guru Linus SK Kiandongo berharap dengan kewujudan tadika ia dapat menghapuskan murid-murid LINUS tegar di SK Kiandongo di masa akan datang, pendapat beliau disokong oleh seorang guru tahun satu dan beliau berpendapat ia bakal mengurangkan beban guru kerana jika murid-murid telah mendapat pendidikan awal maka murid tersebut sudah mempunyai persediaan khususnya dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira ujurnya lagi.

Khamis, Julai 03, 2014

Kampus Kiandongo Kini Kembali

Kampus Kiandongo yang telah menjadi tradisi bagi sekolah ini setiap kali menjelang detik peperiksaan UPSR kini kembali lagi. Pada tahun ini, pengarah baru bagi program ini adalah Ckg Aizuddin Ashraf. Kempus Kiandongo yang berjalan pada waktu malam ini dirancang akan berlanjutan selama 2 bulan. Istimewanya program ini ditaja sepenuhnya daripada rakan-rakan guru yang sudi menyumbangkan wang ringgit dan tenaga secara percuma. Inilah pengornanan yang selalu dihadahkan oleh semua staf guru buat murid-murid tahun 6 sejak 3 tahun yang lepas. pembahagian jadual waktu berdasarkan 4 subjek teras iaitu BM, BI, Math dan Sains. Guru-guru yang juga merupakan tenaga pengajar telah dibahagiakan seramai 3 orang pada setiap malam dengan 3 kumpulan murid mengikut tahap kemahiran. Antara matlamat utama program ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Kami hanya berusaha dan kami turut mengharapkan doa daripada semua pihak semoga usaha kecil ini berjaya mencapai matlamat.