Rabu, Januari 29, 2014

Kapit Nyaris Tempah Slot Negeri

Zilwafrid Jonathun hampir berjaya mewakili Bahagian Sandakan di Kejohanan Catur Negeri Sabah apabila menduduki tangga ketujuh daripada 24 pemain. Hanya 6 pemain yang memprolehi markah tertinggi akan dipilih. Zilwafrid atau dikenali Kapit berkongsi 4 mata dengan 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah. Terdapat 3 pemain yang mempunyai 4 mata dari peserta ke 5 hingga 7. Mereka bertiga ditentukan sistem tie-break dan kiraan semula. Walau bagaimanapun , Kapit telah membantu Daerah Telupid muncul juara Kategori Lelaki 12 Tahun dengan pungutan 23.5 mata . Sementara itu Betlen berjaya menduduki tangga kelapan kategori P12 setelah memungut 3.5 mata hasil 3 kali menang, 1 seri dan 2 kekalahan. Pencapaian Zilwafrid dan Betlen pada kejohanan ini adalah amat memberangsangkan . Kejohanan ini yang diadakan di bilik gerakan , SMK Telupid pada 28-29 Januari 2014 yang dikelolakan sendiri oleh SK Kiandongo.

Isnin, Januari 27, 2014

Kiandongo Pengeluar Atlit Dari Zon Tongod

Kehadiran 11 orang pelajar SMK Tongod yang berasal dari Kg. Kiandongo yang juga bekas pelajar sekolah ini di dalam Kejohanan Catur MSSD Telupid 2014 di SK Ulu Sapi adalah bukti bahawa SK Kiandongo telah mencetus fenomena dan minat ke arah sukan yang begitu mendalam. Jumlah tersebut menjadikan 19 orang termasuk 8 orang dari SK Kiandongo sendiri. Yang lebih manis, 5 orang daripada jumlah tersebut akan mewakili Daerah Telupid dalam Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2014. Mereka yang terpilih ialah Juanita Julin, Ellcey Sagitan, Elze Peter, Betlen Phillipmus dan Zilwafrid Johnatun. Manakala dua lagi dalam senarai simpanan apabila Cerolinechrysilla Mor dan Dix Sagitan berada di kedudukan 7 dan 8 dalam kategori masing-masing.



 


Ahad, Januari 26, 2014

Kompleks Sukan dibina di Kg. Kiandongo Darat?

         
Desas desus dan khabar angin sedang bertiup kencang bahawa suatu kawasan berhampiran Kampung Kiandongo Darat bakal dibina sebuah Kompleks Sukan Tongod yang dianggarkan berkeluasan sekitar 30-50 ekar. Beberapa kawasan membabitkan tanah milik Syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd telah dikenalpasti  bagi menggantikan lokasi cadangan di Kampung Kliwatong, Kampung Talibu dan Kampung Kuala Tongod. Lokasi asal yang dicadangkan dianggapkan tidak bersesuaian dan akan memakan kos yang lebih tinggi berikutan keadaan muka bumi yang berlembah dan berada dalam kawasan tadahan hujan. Sekiranya pembinaan kompleks ini menjadi realiti, diharapkan agar pihak wajib turut sama memikirkan satu lokasi bagi pembinaan pusat-pusat kemahiran seperti Pusat Giat Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran tinggi sekaligus meningkatupayakan taraf hidup dan pemikiran penduduk di kawasan ini.



Jumaat, Januari 24, 2014

SK Kiandongo, Penganjur Catur Peringkat Bahagian

SK Kiandongo telah diberikan hak penganjuran Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2014. Pemilihan sekolah ini dianggap unik bagi penganjuran pada peringkat bahagian kerana melihat kepada status sekolah ini yang hanyalah berstatus SKM gred B. Pihak pentadbiran telah mengambil langkah berani dan penuh berisiko di dalam penganjuran kejohanan ini dengan situasi serba kerkurangan. Namun demikian , bantuan yang diberikan oleh SMK Telupid di dalam penganjuran ini amat dihargai terutama dari segi lokasi dan peralatan. Walaupun berdepan masalah kewangan , kejohanan ini akan berlangsung seperti dirancang iaitu pada 28 - 29 Januari 2014 di Bilik Gerakan , SMK Telupid.


Betlen Juarai Catur MSSD Telupid 2014

Betlen Phillipmus muncul juara Kejohanan Catur MSSD Telupid 2014 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun yang berlangsung di SK Ulu Sapi pada 23 Januari 2014. Kejayaan Betlen membaiki catatan sejarah pada tahun 2013 apabila Airolina Julis muncul Naib Juara manakala Cerolinechryscilla Mor meraih tangga ketiga pada tahun 2012. Di dalam pertandingan tersebut, Betlen berjaya meraih 4 mata dari 4 kemenangan dan 1 kekalahan. Sementera itu bagi kategori Lelaki 12 Tahun, Jubilester Juslim dari SK Langkabong menjadi Juara manakala Zilwafrid Johnatun menjadi peserta lelaki pertama sekolah ini yang berjaya mendapat 6 tempat teratas apabila meraih 4.5 mata hasil 4 kemenangan , 1 seri dan 1 kekalahan. Kejayaan itu membolehkan beliau menduduki tangga kelima dan sekaligus terpilih ke Kejohanan Catur MSSB Sandakan pada 28 dan 29 Januari 2014. Pada tahun ini, SK Kiandongo telah menghantar 8 orang peserta yang diwakili oleh Zilwafrid Johantun , Afely Aim ,Dix Sagitan, Octovianus Koh, Suzley John Sop, Azron Julis , Betlen Phillipmus dan Elvira Matthew.  Pencapaian pada tahun ini mengekalkan prestasi 2 tahun terdahulu kerana sejak dari tahun 2012 , sekolah ini berjaya meletakkan sekurang-kurangnya 2 orang wakil untuk mewakili Daerah Telupid ke peringkat Bahagian.






Khamis, Januari 02, 2014

SK Kiandongo Kembali Dibuka

Seramai 97 orang murid atau 88.18% daripada 110 orang telah berjaya hadir pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2014. Jumlah tersebut melibatkan 19 orang murid Tahun 1 , 16 orang murid Tahun 2, 20 orang murid Tahun 3, 10 orang murid Tahun 4, 17 orang murid Tahun 5 dan 15 orang Tahun 6. Sejumlah 111 orang murid sekolah ini telah berdaftar bagi sesi 2014. Pada hari pertama persekolahan ini menyaksikan kehadiran Puan Sokulin Bolintok, Guru Besar SK Kironggu selaku Pegawai Pemantau Bersilang untuk membuat tinjauan perlaksanaan dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran pada hari pertama persekolahan. Sekolah ini turut dilawati oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tongod , Drs. Mahanin Osman, yang diiringi SIC, En. Kaipin Sahimin dan Ketua Unit Peperiksaan, En. Sahlimon Nahri.

Program Transisi Murid Tahun 1


Murid Tahun 1 Nilam


Lawatan Pemantauan oleh PPD

SK Kiandongo Cecah Usia 25 Tahun

SK Kiandongo kini genap berusia 25 tahun apabila tirai 2014 dibuka. SK Kiandongo mulai beroperasi pada tahun 1989 dengan pelbagai kekurangan dan kedaifan. Selepas usia 25 tahun, SK Kiandongo tetap utuh berdiri di atas tapak lama cuma telah mula menerima impak pembangunan dari tahun ke tahun. Pencapaian akademik dan ko-kurikulum dilihat semakin berkembang positif walaupun sekolah masih belum mempunyai Pra Sekolah. Kekurangan sekolah ini adalah tunjang kekuatan sekolah dan ianya bukannya alasan untuk terus mundur. Selamat Menyambut Tahun Baharu dan diharapkan Tahun 2014 adalah tahun emas buat sekolah ini di kala di dalam sambutan Jubli Perak Penubuhan  SK Kiandongo.