Isnin, Mei 05, 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Rashdan

Majlis perpisahan dengan Cikgu Mohd Rashdan Hafiz Bin Abd Rashid telah diadakan pada 25hb April 2014 baru-baru ini. Majlis yang sederhana dan ringkas ini telah diadakan di kantin SK Kiandongo. Antara yang terlibat adalah semua staf SK.Kiandongo dan murid-murid tahap 2.
Perpindahan Cikgu Rashdan merupakan satu kehilangan besar buat warga sekolah. Sikap beliau yang proaktif dan komited dalam semua lapangan menjadikan kehilangan beliau amat dirasai buat warga sekolah ini. Beliau juga merupakan guru pertama dari semenanjung dan yang pasti  terlalu banyak jasa beliau dalam membantu mamajukan sekolah, antaranya dalam bidang sukan, kurikulum dan pengurusan sekolah.
Perkhidmatan beliau sejak tahun 2009-2014 di sekolah ini akhirnya diberi kelulusan berpindah ke SK Jelapang Setiu, Terengganu yang merupakan sebuah sekolah luar bandar yang juga memiliki jumlah murid sekitar 170 orang murid.Semoga kecemerlangan yang beliau tunjukkan di sekolah ni akan diteruskan di sekolah yang baru. Kami semua warga SK Kiandongo mendoakan kejayaan beliau.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan