Isnin, Mac 24, 2014

Bola Tampar: Perempuan Juara, Lelaki Ketiga

Hasrat pasukan lelaki sekolah ini mencatat kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tumpas kepada pasukan SK Sogo-Sogo dalam separuh akhir. SK Kiandongo tumpas 21-25,25-12 dan 17-25. Walaubagaimana dalam perebutan pingat gangsa, pasukan ini berjaya menewaskan pasukan SK Linayukan dalam pertarungan rubber set. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari telah diadakan di Dataran Terbuka Tongod pada 20-21 Mac 2014. Sementara itu, pasukan wanita sekolah ini berjaya meraih kejuaraan yang diidam-idamkan setelah menumpaskan pasukan SK Pekan Telupid dengan 2-1 sekaligus menyamai pencapaian pada tahun 2012. Pada hari pertama pertandingan, pasukan lelaki dan wanita sekolah ini telah berjaya merakam kejayaan memberangsangkan apabila menang kesemua pertarungan. Pasukan lelaki telah muncul juara Kumpulan B setelah menundukkan SK Penangah 2-0, SK Pekan Telupid 2-0 dan SK Linayukan dengan 2-1 manakala pasukan wanita yang menjadi juara kumpulan B telah menewaskan SK Bintang Emas 2-0 dan SK Pekan Telupid dengan keputusan 2-0. Dalam pertandingan separuh akhir , pasukan wanita sekolah telah menumpaskan SK Pekan Tongod dengan keputusan 2-0 dan sekali lagi bertemu dengan pasukan SK Pekan Telupid di perlawanan akhir. Seramai 6 orang murid sekolah ini telah dipilih mewakili Daerah Tongod (Telupid) dalam pertandingan Bola Tampar MSSB Sandakan yang dijangka diadakan 11-12 April 2014 di Beluran.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan