Ahad, Oktober 20, 2013

Perkhemahan Unit Beruniform Tarik 45 Peserta

Seramai 45 orang murid sekolah ini telah menjadi kelompok pertama yang mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah yang diadakan pada 11 hingga 12 Februari 2013. Perkhemahan ini diadakan buat julung kali di peringkat sekolah dengan penglibatan tiga unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Sejumlah 45 orang peserta adalah meliputi 6 orang murid tahun 3, 17 orang murid tahun 4 , 14 orang murid tahun 5 dan 8 orang murid tahun 6. Program ini dimulakan dengan pembentukkan 5 buah kumpulan yang bertema nama haiwan iaitu Buaya, Kuda, Ular, Helang dan Serigala. Semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan para peserta telah ditekankan dari sejak awal program ini dengan setiap kumpulan dikehendaki membina khemah menggunakan bahan-bahan dari tumbuhan. Beberapa aktiviti telah diaturkan dalam program ini seperti Pembunuh Bersiri, Malam Pungguk, Membina Gajet, Kembara Hutan, Merempuh Halangan, Pertandingan Memasak dan Persembahan Berkumpulan. Kebanyakkan para murid berjaya mengharungi aktiviti - aktiviti yang diadakan dengan sebaik mungkin. Kumpulan Ular telah menjadi Johan Keseluruhan selepas berjaya mengumpul token melebihi RM1500.

Membuat bendera kumpulan



Membina Khemah

Latihan Dalam Kumpulan

Kembara Hutan dan Merempuh Halangan

Merempuh Halangan - Merangkak

Merempuh Halangan - Spider Web

Pertandingan Memasak

Khamis, Oktober 17, 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2013


Kapit Kuasai Catur, Nencianah Juarai Dam Aji

Pada 10 Oktober 2013 , dua pertandingan sukan dalaman iaitu Catur dan Dam Aji telah berlangsung serentak bersempena Karnival Ko-Kurikulum 2013. Acara Catur adalah acara terbuka dengan setiap pasukan menghantar 3 wakil manakala acara Dam Aji difokuskan kepada murid Tahap 1 sahaja. Pada tahun ini kedua-dua pertandingan dilangsungkan menggunakan format Swiss Perfert bagi memastikan penganjuran pertandingan pada kali ini dilangsung dengan sistematik dan tersusun. Sebanyak 6 pusingan telah diadakan bagi kedua-dua acara bagi memilih pemenang Individu dan juga berkumpulan. Bagi acara Catur , Zilwafrid atau lebih dikenali sebagai Kapit telah muncul juara apabila menang keenam-enam perlawanan manakala Afely Aim , pelajar tahun 4 berjaya meraih tempat kedua hasil 4 kali menang, 1 seri dan 1 kali tewas. Manakala bagi acara Dam Aji, Nencianah Aim , murid tahun 2 muncul juara dengan 5 kali menang dan sekali seri . Joewen Nelson menduduki tangga kedua dengan pungutan 5 mata hasil 5 kali menang dan sekali tewas. Bagi berpasukan , pasukan Saga muncul juara Catur hasil pungutan 13 mata, manakala pasukan Gen 2 menjuarai acara Dam Aji dengan 13 mata

 
Murid Tahap 1 bertanding Dam Aji




 


Isnin, Oktober 14, 2013

Saga Rangkul Kejuaraan Double

Tarikh 9 Oktober 2013 menjadi hakmilik mutlak pasukan Proton Saga apabila memenangi acara campuran Bola Tampar dan Bola Baling. Pasukan Proton Saga yang diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Perodua Kancil menjadi pasukan paling cemerlang apabila memenangi kesemua keempat -empat perlawanan dalam acara Bola Tampar. Pasukan Proton Saga yang diketuai oleh Saudari Airolina Julis dan dibantu oleh Zilwafrid Johnatun menang perlawanan pertama dengan menewaskan pasukan Perodua Kancil dengan 30-18. Pasukan Proton Saga mara ke peringkat suku akhir selaku juara Kumpulan A untuk bertemu dengan Naib Juara Kumpulan B, Perodua Kelisa. Dalam perlawanan ini, pasukan Saga menerima tentangan sengit dari pasukan Kelisa sebelum menang dengan keputusan 30-24. Pada peringkat separuh akhir , pasukan Saga telah diundi bertemu dengan pasukan  Gen2. Perlawanan ini disifatkan sebagai perlawanan buku bertemu ruas dengan kedua-dua pasukan sering silih berganti mendahului antara satu sama lain. Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Saga dengan keputusan 30-25. Perlawanan akhir telah menemukan pasukan ini dengan pasukan Saga yang dilihat sebagai perlawanan berat sebelah apabila pasukan Inspira tunduk mudah dengan keputusan 2-15 dan 12-15. Pasukan Gen2 muncul pemenang tempat ketiga. Sementera itu dalam acara akhir Bola Baling, telah menemukan pasukan Saga dengan pasukan Viva. Pasukan Viva hanya dinafikan beberapa saat untuk muncul Juara apabila Zilwafrid berjaya menyamakan kedudukan 3-3. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan balingan penalti yang memihak kepada pasukan Saga dengan keputusan 2-1.

Keputusan :
Bola Tampar
Juara           : Proton Saga
Naib Juara  : Proton Inspira
Ketiga         :Proton Gen2

Bola Baling
Juara           : Proton Saga
Naib Juara  : Perodua Viva
Ketiga         : Proton Gen2

Gen2 Menang Bola Jaring, Viva Raja Sepaktakraw

Perodua Gen2 mengubat kekecewaan berhubung kegagalan memenangi acara futsal wanita apabila mudah mendominasi acara Bola Jaring dengan menundukkan pasukan lebih hebat seperti Perodua Viva dan Proton Saga. Saudari Juanita Julin menggunakan sepenuh ketinggian yang dimilikinya untuk menjaringkan lebih 20 jaringan sepanjang laluan ke peringkat akhir dan sekaligus merangkul kejuaraan Bola Jaring sempena Karnival Ko-kurikulum. Karnival Ko-kurikulum yang menjadi acara tahunan sekolah telah berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober 2013. Acara bola jaring telah berlangsung pada 8 Oktober 2013 di sebelah petang dengan menggunakan sistem 3 lawan 3 buat pertama kalinya . Acara sepaktakraw turut diadakan serentak dengan acara bola jaring dengan Pasukan Perodua Viva berjaya muncul juara.

Kelisa , Wira Ungguli Futsal Karnival Kokum

Pasukan Lelaki Perodua Kelisa berjaya memenangi pertandingan Futsal Kategori Lelaki manakala Pasukan Proton Wira yang diketuai oleh Elvieuna Jasmi mengungguli kategori Perempuan.  Pasukan Kelisa menewaskan pasukan Perodua Viva di perlawanan akhir dengan keputusan 4-2. Sementera itu, pasukan Wira dianggap bernasib baik apabila menang dengan hanya lambungan duit syiling ketika menentang pasukan Proton Gen2 setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 pada masa sebenar. Pertandingan ini telah berjaya menonjol bakat baru dari kalangan murid tahun 4 dan tahun 5. Saudari Atika Vincent dan Dix Sagitan boleh dianggapkan permata baru yang perlu digilap berdasarkan kemahiran individu yang baik dalam pertandingan walaupun baru berusia 10 tahun.

Keputusan Penuh :

Kategori Lelaki  :   
1. Perodua Kelisa
2. Perodua Viva
3. Proton Saga

Kategori Perempuan  :   
1. Proton Wira
2. Proton Gen2
3. Proton Inspira