Isnin, Ogos 05, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kampus Kiandongo 2013


Pada tahun ini, SK Kiandongo telah mensasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah semaksimum 2.93. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, program Kelas Tambahan di waktu malam diteruskan seperti tahun sebelumnya dengan 11 orang calon UPSR dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut prestasi semasa peperiksaan. Kelas tambahan ini dinamakan sebagai Program Kampus Kiandongo memandangkan para murid akan menginap di rumah guru atau di sekolah sebaik selesai sesi 2 jam bersama para guru pada jam 7:00 malam hingga 8:00 malam. Program ini dibahagikan 2 Fasa iaitu Fasa 1 diadakan pada 15 Julai 2013 hingga 1 Ogos 2013 manakala Fasa 2 diadakan pada 19 Ogos 2013 hingga 5 September 2013. Dengan mengambil kira pendekatan tahun lepas, setiap guru telah diberi peranan untuk memberi fokus kepada murid-murid tentang teknik menjawab dan latih tubi bagi memastikan semua murid menerima pendedahan sewajarnya sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.