Jumaat, Jun 21, 2013

Rajawali Kekal Kejuaraan. Ferlent dan Elvieuna Kekal Status

Seperti diduga Rumah Sukan Kuning mengungguli Kejohanan Sukan dan Olahraga 2013 apabila memenangi 8 Emas 7 Perak dan 3 Gangsa. Kejohanan pada kali ini menyaksikan Olahragawan dan Olahragawati terus menjadi milik Ferlent Philip  dengan 3 Emas melalui acara 100m, 200m dan 4X100m manakala Elvieuna Jasmi memenangi 3 Emas dan 1 Gangsa melalui acara 100m, 200m dan 4X100m. Pada edisi ini turut menyaksikan beberapa atlit berjaya diketengahkan antara Lauredson Lawarence, Vizianah Kukong, Winnie Jimis dan Dix Sagitan. Sementera itu pasukan Kenyalang (Biru) berjaya memintas kedudukan Cenderawasih (Merah) dengan perbezaan pingat perak. Kedua -dua pasukan beroleh 4 pingat emas. Kejohanan yang berlangsung pada 19-20 Jun 2013 telah ditangguhkan dengan rasmi oleh Yang Berbahagia, Encik Laising Podok selaku Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Kuamut yang turut berusaha untuk menjadikan padang SK Kiandongo salah satu padang yang akan dinaiktaraf selaku padang yang menetapi piawai kejohanan sukan berdasarkan Garis Panduan Pengelolaan Sukan.








Ahad, Jun 16, 2013

Program Permuafakatan dan Majlis Menandatangani Buku Pelaporan PKBS 2013

SK Kiandongo telah mengadakan program Permuafakatan dan Menandatangani Buku Pelaporan PKBS pada 13 Jun 2013. Program yang bermula pada jam 10:00 pagi dimulakan dengan ucapan alu-aluan Yang Berusaha En. Mohd Jasnee , Guru Besar SK Kiandongo dan diikuti Ceramah Peranan Ibu Bapa dalam membantu Kejayaan Anak-anak oleh Guru Bimbing dan Kaunseling , En. Masru Mustakim selama 1 jam 30 minit. Program ini turut menghargai kejayaan para murid yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diadakan sebelum sesi cuti pertengahan penggal bermula.  Program ini yang bertujuan memberi kesedaran bersama terhadap peranan ibu bapa menyediakan keperluan dan perhatian dalam pembelajaran anak mereka di rumah. Di akhir program ini, para ibu bapa diberi peluang untuk bersua muka dan berbincang prestasi akademik mereka bersama Guru Kelas .


Ceramah Keibubapaan oleh Cikgu Masru Mustakim