Isnin, Mei 27, 2013

200 sertai Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Majlis Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum  Daerah Tongod (Telupid) mengorak langkah apabila buat julung kalinya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Tongod (Telupid) pada 17 hingga 19 Mei 2013. SK Tangkungon telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pertama bagi program ini. Buat edisi pertama ini, sebanyak 15 buah sekolah telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 12 sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Seramai 200 orang peserta (124 orang murid sekolah rendah dan 76 orang pelajar sekolah menengah). SK Kiandongo telah menghantar 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap dan 5 orang ahli PBSMM beserta 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh PK Kokum, En. Jemsan Sakunding. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan yang lebih berfokus kepada kekuatan fizikal dan disulami aktiviti berkumpulan antaranya ialah Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan dan Malam Persembahan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk secara integrasi antara sekolah dan unit beruniform dengan seorang ketua dilantik daripada pelajar sekolah menengah. Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan , En Stephen Radin Azmi telah hadir menyempurnakan Majlis Penangguhan dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Ikhtiar Hidup


Jungle Tracking sejauh 4.3 km


Rempuh Halangan


Sambutan Hari Guru Meriah

Pada tahun 2013, Kelab Guru dan Staf (KGS) SK Kiandongo telah mengadakan sambutan Hari Guru berkonsepkan kekeluargaan dan perkelahan di kawasan ladang keluarga Cikgu Stonny pada 16 Mei 2013. Sambutan ini turut disertai oleh murid tahun 6 Nilam bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh murid tahun 6  yang bakal menduduki UPSR.







Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013





Airolina Bantu Sandakan Menang Perak

Kejohanan Bola Tampar MSSS 2013  yang telah berlangsung dari 8 hingga 11 Mei 2013 di Daerah Kudat telah mencatat sejarah sendiri apabila murid sekolah ini, Airolina Julis telah berjaya membantu pasukan Bahagian Sandakan menjadi Naib Johan kategori Perempuan 12  Tahun bagi edisi 2013 setelah tumpas kepada Bahagian Pedalaman dalam perlawanan akhir. Pencapaian Airolina Julis mengatasi pencapaian 3 orang murid sekolah ini pada tahun lalu yang sekadar meraih pingat gangsa.


UPKO Realisasikan Impian SK Kiandongo.

Ketua Pemuda UPKO (P187) Kinabatangan , En. Felix Joseph Saang telah menyampaikan sumbangan yang penuh bermakna kepada warga SK Kiandongo melalui PIBG sekolah ini dengan menyalurkan bantuan bahan mentah khususnya simen dan pasir bagi membaikpulih gelanggang Bola Tampar sekolah ini yang telah terbengkalai sejak dari bulan Mei 2012. Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh En. Felix Joseph kepada Guru Besar SK Kiandongo , En. Mohd Jasnee pada 15 April 2013.



Bola Baling : Pasukan Muda Kiandongo Terima Pengalaman Berguna.

Kejohanan Bola Baling MSSD Telupid 2013 telah diadakan di padang SK Entilibon pada 9 dan 10 April 2013. Di dalam kejohanan ini, pasukan SK Kiandongo yang menjadi pasukan tunggal dari Zon Tongod telah diundi dalam dalam Kumpulan B melibatkan 3 Zon (Entilibon, Penangah dan Tongod). Zon Entilibon diwakili oleh SK Menanam, SK Langkabong, SK Maliau dan SK Entilibon manakala Zon Penangah diwakili SK Mengkawago. Pasukan Lelaki dan Perempuan SK Kiandongo diwakili oleh sebahagian besar murid tahun 4 dan tahun 5 dan hanya 4 orang murid tahun 6 daripada 12 pemain yang terpilih. Pencapaian terbaik lelaki dalam pertandingan ini hanya sekadar seri 1-1 dengan SK Menanam manakala pencapaian terbaik perempuan adalah menewaskan pasukan SK Langkabong 3-1. Di kejohanan ini, SK Pekan Telupid telah menjadi Juara bagi kategori Lelaki manakala SK Tangkungon menjadi Juara bagi kategori Perempuan.





3 Murid Raih Perak MSSB Sandakan 2013

Airolina Julis, Juanita Julin dan Nilziana Salleh telah diberi penghormatan untuk mewakili Pasukan Telupid/Tongod Perempuan 12 Tahun dalam Kejohanan Bola Tampar MSSB Sandakan 2013 yang berlangsung pada 3-4 April 2013 di SK Pekan Telupid. Di dalam kejohanan ini pasukan Telupid telah ditumpaskan pasukan Sandakan dalam pertarungan tiga set walaupun pada suatu ketika telah memenangi set pertama dengan 25-13 dan mendahului 18-9 pada set kedua. Namun demikian, perasaan yang terlalu yakin telah memakan diri sendiri apabila tumpas 25-20 pada set kedua dan 15-13 pada set penentuan. Sementara itu, pasukan Telupid telah menjadi johan kategori Lelaki 12 Tahun dengan menewaskan pasukan Sandakan. Pasukan Lelaki bawah 18 tahun sekadar tempat ketiga dan Pasukan Perempuan bawah 18 tahun gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2012 apabila hanya memenangi pingat perak pada edisi kali ini.

Telupid Johan Temasya Balapan dan Padang MSSB Sandakan 2013

Hajat kontijen Tongod (Telupid) untuk mengulangi pencapaian menjadi Johan Kejohanan Balapan dan Padang pada 2010 telah menjadi realiti apabila muncul juara bagi edisi 2013 dengan memungut 40 Emas , 27 Perak dan 18 Gangsa sekaligus mengatasi pencapaian 32 Emas pada edisi 2010. Dengan berbekal semangat selaku tuan rumah dengan menjadikan SMK Telupid selaku gelanggang pertarungan, kontijen Telupid dilihat begitu menonjol dalam kategori Lelaki Bawah 15 Tahun apabila memenangi 10 emas daripada 15 emas yang ditawarkan dengan saudara Adely Aim memenangi 4 Emas dalam acara 200m, 400m , 4X100m dan 4X400m. Pencapaian atlit lelaki diteruskan dengan atlit perempuan bawah 15 Tahun  memenangi 11 emas dari 14 emas yang menjadi rebut. 2 atlit Telupid dinobatkan selaku olahragawan dan olahragawati di dalam kategori masing-masing. Arnold Anduroh dijulang selaku Olahragawan  Bawah 18 Tahun di atas pencapaian Rekod Baru di dalam acara Lontar Peluru manakala Nelce Sulaiman yang menjadi Olahragawati Bawah 15 Tahun begitu unggul dengan 3 Emas dalam acara jarak jauh dan sederhana (800m, 1500m dan 3000m) .