Sabtu, Mac 16, 2013

Zon Tongod Kedua Terbaik Bola Tampar 2013





Pasukan lelaki dan perempuan bawah 12 tahun Zon Tongod muncul Naib Johan Bola Tampar peringkat Daerah Tongod (Telupid) bagi edisi 2013 yang diadakan pada 14 Mac 2013 di SK Pekan Telupid. Pasukan Perempuan B12 Zon Tongod yang diwakili oleh 7 orang murid SK Kiandongo telah berjaya menumpaskan pasukan Zon Telupid dan SK Maliau dengan keputusan 2 set tanpa balas. Pasukan ini dikecewakan oleh kehebatan pasukan SK Linayukan yang menang dengan keputusan 8-25,25-17 dan 16-14. Sementara itu, pasukan Lelaki B12 Tahun bermula langkah sumbang apabila tumpas pada perlawanan pertama dengan Zon Telupid dengan keputusan 2-0. Walaubagaimana pun pada perlawanan kedua dan ketiga, pasukan ini bangkit menewaskan SK Linayukan dengan keputusan 2-1 dan SK Maliau dengan keputusan 2-0. Bagi kategori bawah 18 tahun, pasukan SMK Tongod berjaya muncul juara kategori P18 dan Naib Johan L18 tahun. SMK Entilibon berjaya muncul juara kategori L18 Tahun.

Keputusan Penuh
Perempuan 12 Tahun
Johan           :  SK Linayukan
Naib Johan   : Zon Tongod
Ketiga          : Zon Telupid

Lelaki  12 Tahun
Johan           : Zon Telupid
Naib Johan   : Zon Tongod
Ketiga          : SK Linayukan

Perempuan 18 Tahun
Johan           : SMK Tongod
Naib Johan   : SMK Telupid
Ketiga          : SMK Entilibon

Lelaki 18 Tahun
Johan          : SMK Entilibon
Naib Johan : SMK Tongod
Ketiga        : SMK Telupid

Kapit, Vikry bantu Zon Tongod raih Gangsa Bolasepak

Pada 12-13 Mac 2013 telah diadakan Kejohanan Bola Sepak MSSD Tongod(Telupid) di Padang JKR Telupid yang mana pasukan Zon Tongod hanya sekadar berpuas hati tempat ketiga dalam kategori bawah 12 tahun. Dua murid sekolah ini telah dipilih mewakili Zon Tongod iaitu saudara Vikry Rezali dan Zilwafrid Johnatun . Pasukan Zon Tongod telah memulakan perlawanan menentang pasukan Zon Ulu sapi yang berkesudahan Zon Tongod menang 1-0. Perlawanan seterusnya bertemu dengan Zon Entilibon yang berakhir dengan keputusan seri. Dengan mensasarkan keputusan seri dalam perlawanan terakhir dengan Zon Telupid, pasukan Zon Tongod tumpas dengan keputusan 1-2 yang sekaligus menobatkan pasukan Zon Telupid muncul juara edisi 2013. Zon Entilibon muncul selaku pasukan kedua terbaik dengan menewaskan Zon Ulu Sapi.

Adely Dinobatkan Olahragawan MSSD 2013

Adely Aim pelajar tingkatan 3 SMK Tongod dan merupakan bekas pelajar di sekolah ini terus menjadi kebanggaan Kampung Kiandongo apabila dinobatkan Olahragawan Kejohanan Trek dan Padang MSSD Tongod (Telupid) 2013 kategori Lelaki 15 Tahun. Beliau yang dianggap wira pasukan Zon Tongod apabila menyumbang 1 emas berpasukan dan 3 emas individu dalam acara 100m , 200 m dan 400 m. Ketiga-tiga acara tersebut, beliau berjaya mencatat rekod baru kejohanan dengan kepantasan 11.40 saat dalam acara 100 meter dan 23.40 saat dalam acara 200 m. Kesemua rekod yang dicatatkan oleh beliau adalah jauh lebih baik jika dibandingkan pencapaian dalam kategori lelaki bawah 18 tahun. Beliau juga berjaya membantu kuartet 4x400 m Zon Tongod memenangi emas. Sementara itu MSS Zon Penangah berjaya menjadi Johan Keseluruhan buat julung kalinya dengan dibezakan hanya 1 pingat emas. Kejohanan yang diadakan buat kali keempat ini adalah yang paling menarik dari segi pungutan pingat apabila persaingan perebutan ditentukan melalui acara terakhir iaitu 4X400m kategori lelaki 18 tahun dengan Zon Penangah muncul pemenang dalam acara tersebut

Sabtu, Mac 09, 2013

Jielson rangkul Perak catat 14.84 saat

Jielson Jibin, murid tahun 6 sekolah telah berjaya mencatat masa 14.84 saat dalam acara 80 meter Lari Berpagar untuk meraih pingat perak dengan hanya dipisahkan 0.03 saat dengan pemenang pingat emas dari Zon Penangah. Kejayaan beliau sekaligus mengulangi pencapaian terbaik saudara Adely Aim pada 2010 yang memenangi pingat perak dalam 100 m. Pasukan sekolah rendah Zon Tongod telah berjaya menyumbang 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa satu pencapaian yang lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2012 dengan hanya 2 pingat gangsa melalui Shaflyn Laiwin dan Alexsius Lasius dalam acara lompat jauh. Secara keseluruhannya , pasukan Zon Tongod berjaya meraih 11 Emas, 11  Perak dan 14 Gangsa.


Sabtu, Mac 02, 2013

SK Kiandongo sasar GPS UPSR 2.93

SK Kiandongo meletakkan sasaran 2.93 sebagai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) UPSR 2013. Sasaran tersebut dilihat sesuatu sukar dan tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak mengambil peranan masing-masing. Peranan pihak pentadbir untuk membantu guru-guru mata pelajaran amat diharapkan bagi memastikan kemenjadian murid pada tahun 2013 dapat direalisasikan. Usaha yang dibuat oleh Unit Pengurusan Akademik (UPA) PPD Tongod sesuatu yang baik apabila mengadakan Sesi Kolaboratif Akademik pada 28 Februari 2013 di SK Sogo-Sogo. SK Kiandongo telah meletakkan sasaran awal iaitu 3.00 , namun atas dasar pemuafakatan guru-guru dan motivasi daripada PPD dan Ketua Unit UPA, En. Aron Abel, SK Kiandongo membulatkan satu persepakatan untuk meletakkan 2.93 sebagai satu sasaran realistik. Sementara itu, Majlis Kolaboratif itu telah memperlihatkan SRK Pekan Tongod meletakkan sasaran 2.73 manakala SK Sogo-Sogo dengan sasaran 2.84. Majli tersebut telah merakamkan satu aku janji para guru dan Guru Besar sekolah masing-masing dengan menandatangai Aku Janji GPS Sekolah.




5 Murid Dipilih Wakil Zon Tongod

Seramai 5 murid sekolah ini telah dipilih mewakili Zon Tongod dalam Kejohanan Trek dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah TOngod (Telupid) di Kompleks Sukan Ranau pada 5 hingga 7 Mac 2012. Mereka yang terpilih ialah Airolina Julis,Elvira Matthew dan Jielson Jibin  bagi acara 80 m Lari Berpagar manakala Vikcry Rezali akan menyertai acara lompat tinggi. Sementara itu , saudari Elviuena dijangka akan menyertai acara 100m dan 200m . Kelima-lima atlit ini telah terpilih secara langsung apabila berjaya menduduki tangga pertama dan kedua dalam pertandingan peringkat zon pada tahun 2012. Kelima-lima atlit telah mengikuti latihan pusat zon yang telah bermula 25 Februari hingga 1 Mac 2013.