Sabtu, Februari 23, 2013

Bola Tampar : Perempuan Cemerlang , Lelaki Kecundang

MSS Zon Tongod telah mengadakan Perlawanan Bola Tampar dan Bola Sepak bagi pemilihan untuk mewakili Zon Tongod dalam pertandingan peringkat daerah yang dijangka diadakan sekitar bulan Mac 2013. Hanya 2 buah sekolah sahaja bertanding dalam bola tampar manakala dalam acara Bola Sepak sebanyak 3 pasukan telah mengambil bahagian. Bagi acara bola sepak , SK Sogo-sogo terus mengekalkan dominasi hebat dalam acara bola sepak lelaki dengan menjadi pasukan terbaik di zon ini pada tahun 2009, 2010, 2012 dan 2013. SK Sogo -sogo menewaskan SK Kiandongo dengan keputusan 3-0 dan menang ke atas SK Pekan Tongod dengan keputusan 2-0. Manakala dalam acara bola tampar perempuan , SK Kiandongo terus gah dalam kategori ini sejak daripada tahun 2011.SK Kiandongo dilihat dengan begitu mudah menewaskan SK Sogo-Sogo dengan keputusan 25-5 dan 25-14. Manakala bagi kategori lelaki, SK Kiandongo tewas 24-26 dan 21-25 kepada SK Sogo-Sogo.





Airolina, Juanita Bantu Telupid Ketiga Keseluruhan

Airolina bersama Juanita telah membantu Pasukan Telupid muncul pasukan ketiga terbaik keseluruhan dalam Kejohanan Catur MSSB Bahagian Sandakan 2013 yang diadakan di SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan pada 18-19 Februari 2013. Walaubagaimana , pencapaian mereka berdua dalam acara individu agak kurang memberangsangkan apabila sekadar memungut 2 mata hasil 2 kemenangan dan 4 kekalahan.  Airolina dan Juanita berkongsi tempat ke 14 keseluruhan bagi kategori Perempuan bawah 12 tahun daripada 20 penyertaan.




Selasa, Februari 05, 2013

SK Kiandongo Terima 6 Anugerah

Unit Pengurusan Akademik (UPA) Pejabat Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) telah mengadakan Majlis Apriasasi Kecemerlangan Akademik 2012 di Dewan SMK Telupid pada 2 Februari 2012. Pencapaian cemerlang dalam UPSR tahun 2012 telah melayakkan SK Kiandongo memperolehi 6 Anugerah Kecemerlangan melibatkan Pencapaian 10 Terbaik dalam mata pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan Matematik. Pada tahun 2012, seramai 8 orang murid telah lulus yang mana saudari Siti Nursaadah Julubin telah berjaya mendapat 5A. Kejayaan beliau telah memberi inspirasi kepada sekolah ini dan sekaligus layak menerima Anugerah 5A. SK Kiandongo turut tergolong selaku 10 sekolah terbaik di daerah ini dengan berada di kedudukan kesembilan.

Senarai Anugerah Yang Diterima :
1. Anugerah 10 Sekolah Terbaik (Ke 9)
2. Anugerah PIBG (Ke 9)
3. Anugerah Kecemerlangan Matematik (Ke 10)
4. Anugerah Kecemerlangan Bahasa Melayu (Ke 9)
5. Anugerah Kecemerlangan Sains (Ke 5)
6. Anugerah 5A (Siti Nursaadah Julubin)


Airolina Naib Johan Catur MSSD Tongod (Telupid)

Berbekal latihan hanya 2 jam sebelum pertandingan , tidak menghalang saudari Airolina Julis ,murid tahun 6 Nilam SK Kiandongo meraih Naib Johan dalam Kejohanan Catur MSSD Tongod (Telupid) yang diadakan di SMK Telupid pada 31 Januari 2013. Kejayaan Airolina turut dikongsi bersama  rakan sekelasnya iaitu Juanita Julin apabila berjaya menduduki tangga kelima dalam kategori Perempuan bawah 12 Tahun.Kejayaan mereka berdua ini melayakkan mereka mewakili Daerah Tongod /Telupid dan akan bersaing di Peringkat Bahagian Sandakan. SK Kiandongo yang menghantar seramai 6 orang murid telah berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam pertandingan ini sekaligus mengatasi pencapaian tahun lalu. Di samping itu, SMK Tongod turut menghantar penyertaan mereka dengan majoriti diwakili oleh bekas pelajar SK Kiandongo. Pelajar Tingkat 3 , Marliana Ascung dan Pelajar Tingkatan 4 Elze Peter ,kedua-dua bekas murid SK Kiandongo turut terpilih ke peringkat Bahagian pada 18-19 Februari 2013 apabila masing-masing menduduki tangga kelima dalam kategori Bawah 15 Tahun dan keempat dalam kategori Bawah 18 Tahun.