Sabtu, Januari 26, 2013

100 Murid Terima Bantuan RM100

Seramai 100 orang murid SK Kiandongo telah menerima RM100 sebagai Bantuan Wang Persekolahan bagi sesi 2013. Bantuan ini diberikan kepada semua murid yang telah mendaftarkan nama sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Kehadiran ibu bapa selaku wakil penerima kepada murid-murid ini telah menyatakan kesyukuran di atas penyerahan wang tersebut. Pemberian bantuan ini telah diadakan pada 26 Januari 2013.



Perasmian Dewan Kampung Kiandongo

Tarikh 21 Januari 2013 akan tersulam sebagai tarikh terpenting di dalam lipatan sejarah Kampung Kiandongo Darat apabila Dewan Kampung Kiandongo yang telah siap dibina pada tahun 2009 akhirnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Masiung Banah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Kuamut. Pembinaan Dewan ini telah banyak memberi manafaat kepada penduduk di kampung ini dan juga kepada sekolah ini. Kehadiran YB Masiung Banah telah disambut dengan meriah apabila sejumlah 500 orang penduduk Kampung Kiandongo telah hadir untuk menyaksikan hari yang penuh bersejarah. YB Masiung berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sukan Tahunan Kampung Kiandongo 2013 khususnya bagi acara bola sepak. Pihak sekolah turut mendapat impak yang positif di atas kehadiran beliau , apabila YB Masiung bersetuju menyumbang satu set tiang gol futsal yang bakal digunakan oleh murid-murid di sekolah khususnya mengadakan persiapan awal untuk pertandingan bola baling dan futsal.






Khamis, Januari 17, 2013

Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 1

SK Kiandongo telah mengambil pendekatan awal apabila mengadakan program khas bersama para ibu bapa dengan memberi taklimat dan suaikenal ibu bapa dengan barisan guru SK Kiandongo. Pendekatan yang dibuat adalah untuk memberi input dan informasi beberapa perkara yang penting khususnya membabitkan displin, Pusat Sumber, KSSR, KWAPM, LINUS , PBS, Kehadiran dan sebagainya. Program ini diadakan hanya  melibatkan ibu bapa murid tahun 1 dan telah diadakan pada 15 Januari 2013. Isu dan cabaran yang menanti sekolah adalah permasalahan kepada para murid tahun 1 yang belum pernah medapat pendidikan awal iaitu Prasekolah mahupun Tadika. Walau di sebalik kekurangan tersebut, SK Kiandongo tetap gah menjadi Sekolah Kesembilan Terbaik di Daerah Tongod (Telupid).






Selasa, Januari 08, 2013

Siti Lanjutkan Pelajaran Ke SBP

Seperti drama keluaran SK Kiandongo yang berjudul Kami Punya Cita-Cita , Siti Nursaadah binti Julubin mengorak langkah seperti watak Eva Lukaku  apabila menjadi murid pertama di sekolah ini selepas 11 tahun  melanjutkan ke pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh di SM Sains Sabah, Kota Kinabalu pada 7 Januari 2013 . Pemergiaan beliau ke sekolah tersebut, diharapkan mampu membuka satu lembaran baru kepada para murid sekolah ini untuk sama-sama mengikuti langkah beliau ke sekolah berkenaan. Manakala Shaflyn Laiwin yang mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Seni Kuching dalam bidang Seni Teater terpaksa menolak tawaran berkenaan memandangkan kos penerbangan yang mencecah lebih RM500





Majlis Penyampaian Ganjaran Kecemerlangan UPSR

SK Kiandongo telah mengadakan Majlis Penyampaian Ganjaran Kecemerlangan UPSR 2013 pada 5 Januari 2013 bertempat di Kantin RMT . Program yang diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para murid yang telah mencapai kecemerlangan UPSR bagi tahun 2012. Seramai 8 orang murid lulus dan cemerlang telah hadir ke majlis beserta para ibu bapa mereka. Pihak sekolah telah menjanjikan ganjaran yang lumayan kepada murid sekolah dengan ganjaran 1A diberi RM50. Saudari Siti Nursaadah yang berjaya mendapat 5A telah menerima RM250 daripada sekolah, RM100 daripada Tuan PPD, Drs. Mahanin Osman  dan lebih daripada RM1000 yang disumbangkan oleh para ibu bapa dan guru-guru sekolah ini. Manakala kejayaan Norjianah dan Cerolinechryscilla mendapat 3A, membolehkan mereka berdua memprolehi ganjaran RM150 daripada pihak sekolah.

Senarai Penerima Ganjaran Kecemerlangan UPSR 2012:
1. Siti Nursaadah binti Julubin
2. Norjianah Aim
3. Cerolinechryscilla Mor
4. Shaflyn Laiwin
5. Echlinah Philip
6. Norfaezah binti Laidin
7. Echlinah Philip










Program Pemantauan Bersilang 2013

PPD Tongod (Telupid) telah mengorak langkah awal ke arah mengemaskan perancangan daerah ini apabila telah mengadakan sesi pemantauan secara besar-besaran melibatkan kesemua 31 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah pada hari pertama persekolahan iaitu 2 Januari 2013. Program pemantauan yang diadakan secara sistem bersilang di mana Guru Besar SK Kiandongo , Encik Mohd Jasnee beserta PK Kokum , En. Jemsan telah mengadakan pemantauan di SK Tangkungan manakala wakil SK Tangkungon, Puan Lucy mengadakan lawatan ke sekolah ini. Pada hari yang sama, Pegawai Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) , Drs Mahanin Osman berserta Timbalannya , En. Jamain Bakut (Ketua Unit Pengurusan Sekolah) turut hadir meninjau kawasan sekolah bagai memastikan segala permasalahan guru dan murid dapat diatasi dengan jayanya.



Tirai 2013 dibuka

SK Kiandongo yang kini telah berwajah baru khususnya membabitkan bangunan tahap 1 yang telah siap dibaikpulih kecuali pendawaian elektrik. Peruntukkan sejumlah RM195,000 telah disalurkan melalui kontraktor yang dilantik dengan pembaikan membabitkan pengubahsuaian bangunan sekolah termasuk membina semula dinding kelas yang telah runtuh dan rosak , mengecat luar bangunan sekolah, rumah guru dan kantin RMT. Berikutan pembaikan yang telah siap dibaikpulih , pada 31 Disember 2012 dan 1 Januari 2013, satu sesi gotong royong telah diadakan bagi membersihkan kawasan kelas, kantin dan makmal. Pada 1 Januari 2013, satu mesyuarat pengurusan sekolah telah diadakan bagi merangka persiapan dan perancangan aktiviti sepanjang 2013. Kehadiran beberapa orang murid pada hari berkenaan telah banyak membantu para guru. Dengan perubahan besar yang berlaku ke atas fizikal sekolah, komitmen para guru dan semangat daripada para murid bakal melonjakkan satu lagi episod kegemilangan kepada sekolah ini.