Rabu, Oktober 17, 2012

Drama Cita-Cita Kami Bakal Ditayang 8 November 2012

Selepas kejayaan Drama Kerana Janji yang meniti di bibir penduduk kampung ini, krew penerbitan MM Production bakal menerbit satu lagi Drama yang mengisahkan keinginan yang menggunung para murid SK Memontol yang mahu memasuki Sekolah Berasrama Penuh walaupun menghadapi rintangan dan halangan yang penuh berliku. Eva lakonan saudari Shaflyn Laiwin berserta Diana lakonan Norjianah Aim bakal ditayangkan secara umum pada Malam Seribu Kenangan 2012 di Dewan JKKK Kg. Kiandongo Darat pada 8 November 2012. Drama yang dibawah arahan bersama Cg. Masru dan Cg Vincent dijangka bakal memberi impak kepada para penonton. Penulis cerita asal drama ini adalah Cg Rashdan yang turut menampilkan En. Philipmus Dinil dan En. Jalius Ludin selaku barisan pelakon yang bakal mencuit hati melihat gelagat mereka. Barisan pelakon yang turut membintangi drama ini ialah Kasliani Jalius, Echlinah Philip, Aeron Dimo, Jelikmus Phillipmus, Eloyena Jasmi, Virolina Maika, Siti Nursaadah dan Marjianah Joines.



SK Kiandongo Serang PJK Sogo-Sogo

Seramai 22 orang murid sekolah ini telah mengikuti dengan jaya program Celit ICT yang dikelolakan oleh Pusat Sumber dan Unit ICT SK Kiandongo. Program yang diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Kampung Sogo-Sogo telah diadakan pada 2-4 Oktober 2012. Pengisian program lebih ditumpukan kepda pembelajaran perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Yang Berusaha , Encik Mohd Jasnee telah berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak PJK Sogo-Sogo pada 4 Oktober 2012. Program seumpama ini adalah kali kedua diadakan bagi mendekatkan murid-murid tahun 6 kepada pengembangan teknologi komputer.


Cuboree 2012 : Pengakap SK Kiandongo raih Pengiktirafan

Program Cuboree 2012 adalah Program Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Daerah Tongod dan Telupid (ToTe Scouts) yang telah diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2012 berjaya menghimpunkan sejumlah 181 orang Pengakap Kanak -Kanak di daerah tersebut dan turut menyaksikan kehadiran 10 orang Pengakap Kanak -Kanak SK Bundu, Keningau. Sebanyak 11 buah sekolah telah hadir ke program ini dengan SK Kiandongo menghantar 12 peserta dan di samping 2 orang guru pengiring iaitu Cg. Rashdan dan Cg. Aizuddin. SK Pekan Telupid muncul kontijen terbesar dengan sejumlah 10 orang ahli, manakala SK Linayukan dengan 35 orang ahli, SK Kopuron dengan 21 ahli, SK Pekan Tongod - 20 ahli, SK Menanam - 15 ahli, SK Mengkawago - 10 ahli, SK Langkabong - 7 ahli, SK Ulu Sapi - 6 ahli dan SK Keramuak dengan 5 ahli. Jika pada tahun 2010 hanya 7 buah sekolah yang mengambil bahagian. Hasrat SK inarad untuk menghantar 4 orang peserta tidak kesampaian berikutan masalah cuaca dan keadaan yang tidak mengizikan. Program pada kali telah dimurnikan dengan pelbagai aktiviti yang dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu Persahabatan (Persahabatan), Pengembaraan (Adventure), Budaya (Cultural), Pengetahuan (Knowledge) dan Kreatif (Creative). Sementara itu, program pada kali turut mempertandingkan Pertandingan Pintu Gerbang Terbaik, Tapak Khemah Terbaik, Persembahan Kebudayaan Terbaik, Dart Tag War dan Bola Berirama. SK Kiandongo telah berjaya meraih Naib Johan bagi Pertandingan Pintu Gerbang dan Tapak Khemah Terbaik. Manakala 5 orang murid sekolah ini membantu Kontijen Kaa memenangi acara Dart Tag War dan Bola Berirama. Kontijen Kaa terdiri daripada SK Kiandongo, SK Keramuak dan SK Menanam. Kontijen Bagheera - SK Pekan Telupid, Kontijen Hatti - SK Linayukan, Kontijen Baloo - SK Mengkawago, SK Bundu dan SK Pekan Tongod manakala Kontijen Shera Khan - SK Langkabong, SK Ulu Sapi dan SK Kopuron.

Keputusan :

Pertandingan Pintu Gerbang Terbaik
Johan          : SK Linayukan
Naib Johan : SK Kiandongo
Ketiga        : SK Mengkawago

Pertandingan Tapak Khemah Terbaik
Johan          : SK Mengkawago
Naib Johan : SK Kiandongo
Ketiga        : SK Linayukan

Pertandingan Persembahan Malam Pengakap
Johan         : SK Bundu
Naib Johan : SK Langkabong
Ketiga        : SK Mengkawago

Pertandingan Sukaneka (Dart Tag)
Johan         : SK Kiandongo, SK Menanam dan SK Keramuak (Kontijen Kaa)
Naib Johan : SK Mengkawago, SK Bundu dan SK Pekan Tongod (Kontijen Baloo)
Ketiga        : SK Langkabong, SK Ulu Sapi dan SK Kopuron (Kontijen Shera Khan)

Pertandingan Sukaneka (Bola Sepak Berirama)
Johan         : SK Kiandongo, SK Menanam dan SK Keramuak (Kontijen Kaa)
Naib Johan : SK Pekan Telupid (Bagheera)
Ketiga        : SK Langkabong, SK Ulu Sapi dan SK Kopuron (Kontijen Shera Khan)

Piala Yang Dimenangi

Membina Pintu Gerbang

Tarian Jamilah


Dam Ular Gergasi

Peperangan Dart Tag

Titian Tali





Selasa, Oktober 16, 2012

Persahabatan Tiga Penjuru 2012

SK Kiandongo mengungguli acara Bola Tampar perempuan apabila dengan mudah menewaskan pasukan tuan rumah SK Sogo-Sogo dengan keputusan 25-10 dan menang dengan SK Imbak 15-13 dan 15-5. Walaubagaimana pun ,kejayaan tersebut gagal dikesinambungkan oleh pasukan bola sepak lelaki yang diketuai oleh saudara Jelikmus Phillipmus apabila sekadar muncul naib johan setelah tumpas kepada pasukan SK Sogo-Sogo dengan 0-4 dan menang 2-0 dengan SK Imbak hasil jaringan Vikery Rezali yang juga bekas murid SK Imbak. Kejohanan Tiga Penjuru yang diadakan pada 11 Oktober 2012 dimerupakan salah satu program yang diatur untuk murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR.




Rabu, Oktober 03, 2012

Persahabatan Bola Keranjang

SK Kiandongo dan SK Linayukan telah berkolaboratif dalam melaksanakan aktiviti sukan dengan memperkenalkan permainan bola keranjang kepada murid-murid di kedua-dua sekolah. Cikgu Aizuddin dari SK Kiandongo dan Cikgu Izuddin dari SK Linayukan telah merangka program ringkas tetapi banyak memberi manafaat tentang permainan bola keranjang di kalangan para murid. Aktiviti ini telah dijalankan di SK Linayukan pada 2 Oktober 2012 memandangkan sekolah berkenaan mempunyai kemudahan tiang gol bola keranjang. Aktiviti seperti ini turut bertujuan merapatkan hubungan persahabatan di kalangan murid-murid dan guru-guru dari dua buah sekolah.








Isnin, Oktober 01, 2012

Azreen bantu Wira raih Kejuaraan Bola Tampar

Walaupun pemain pasukan Proton Wira mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding pasukan lain, ianya tidak menghalang pasukan ini menjulang kejuaraan Pertandingan Bola Tampar campuran . Pertandingan pada kali ini diadakan di padang berumput berikutan padang bola tampar yang dibina di hadapan bangunan sekolah belum siap sepenuhnya. Kecekapan saudari Azreen Ezriana melakukan kawalan gelanggang dan dibantu oleh servis-servis yang sempurna telah menjadi faktor kejayaan pasukan ini menewaskan Proton Gen2 di perlawanan akhir.








Gen2 Johan Badminton, Viva Juarai Bola Jaring

Pasukan Proton Gen 2 berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan Badminton Karnival Ko-Kurikulum 2012 apabila menumpaskan pasukan Perodua Kelisa dengan keputusan 3-1. Pertandingan diadakan dalam format berpasukan campuran yang melibatkan acara perseorangan lelaki , perseorangan wanita, beregu lelaki , beregu wanita dan beregu campuran. Manakala Proton Saga dan Proton Wira berkongsi di tempat ketiga selepas kedua-dua pasukan tumpas di separuh. Sementara itu, pasukan Perodua Viva berjaya mengungguli acara bola jaring dengan menewaskan pasukan Proton Waja.






SK Kiandongo Hampir Sambar Kejuaraan Futsal

Kejayaan pasukan Futsal wanita SK Kiandongo mara ke pertandingan akhir Karnival Futsal Daerah Sandakan 2012 telah membuka mata banyak pihak. Walaupun tumpas di perlawanan akhir kepada pasukan SK Muhibbah B dalam sepakan penalti (1-2) selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Pasukan ini jelas menonjolkan ketulenan dan jati diri untuk membuktikan bahawa sekolah yang kurang murid dengan fasiliti yang cukup daif masih mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Pasukan ini yang dianggotai oleh Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor, Echlinah Philip, Virolina Maika , Shaflyn Laiwin, Azreen Ezriana Julis dan Elyoena Jasmi telah mencapai keputusan membanggakan di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan Baby Kids dengan 4-1, SK Muhibbah B (2-0), SK Muhibbah A (1-0), SK Sungai Anib 1 (1-0) dan seri dengan pasukan SK Kem Tentera dengan keputusan tanpa jaringan. SK Kiandongo mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan bertemu dengan pasukan Red Star FC. Azreen dan  Cerolinechryscilla, masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan ini untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu semula dengan pasukan SK Muhibbah B. SK Muhibbah B mengejutkan pasukan SK Kiandongo dengan menjaringkan gol seawal pertama berikutan kelalaian di benteng pertahanan. Namun kemasukan Cerolinechyrscilla pada minit kedua dibalas dengan jaringan pada minit ke 4 untuk gol penyamaan. Serangan bertali arus pasukan SK Kiandongo diteruskan namun nasib jelas tidak memihak kepada sekolah ini. SK Muhibbah B yang memilih tendangan penalti sebagai pemutus kejuaraan jelas bernasib baik apabila mereka berjaya meraih keputusan dengan cara yang sama di separuh akhir ketika menentang SK Nunuyan Laut . SK Muhibbah B menang penalti selepas sepakan Azreen Ezriana diselamatkan oleh penjaga gol mereka manakala sepakan penalti oleh Norjianah Aim tersasar sebelah kiri gawang lawan.  Walau bagaimana pun, persembahan mereka telah menerima pujian daripada semua pihak termasuk daripada Pengarah Kompleks Sukan Sandakan, En . Peter Rajah dan semua penonton.




Inspira Ungguli Sepaktakraw dan Futsal

Pasukan Proton Inspira yang diketuai oleh Jelikmus mengungguli acara Sepaktakraw dan Futsal apabila muncul juara kedua-dua acara tersebut. Pertandingan Futsal telah diadakan pada 24 September 2012 manakala acara sepaktakraw diadakan pada 26 September 2012.