Jumaat, Julai 27, 2012

Sambutan Majlis Pengantin Baru





Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo telah mengadakan Majlis Sambutan Pengantin Baru buat Cikgu Jemsan dan Cikgu Betty. Majlis ini telah diadakan pada 19 Julai 2012 bertempat di Kelas Tahun 6 Intan. Beberapa aturcara telah diadakan pada majlis tersebut antaranya Persembahan nyanyian lagu pengantin baru oleh saudari Echlinah Philip dan Shaflyn Laiwin, potong kek dan taja lagu. Pasangan yang diraikan turut berkesempatan menyampaikan lagu yang ditaja oleh Cikgu Andrew.

Selasa, Julai 10, 2012

97 bantu Pecah Rekod Malaysia

Seramai 97 orang meliputi 88 orang murid dan 9 orang Guru telah hadir untuk sama-sama menjayakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program yang dianjurkan serentak di semua sekolah dan Institusi Pengajian di Malaysia adalah untuk mengumpul seramai 4.5 juta rakyat di negara di dalam memecahkan rekod Malaysia untuk melakukan senamrobik. Program ini telah bermula seawal jam 6:45 pagi dengan murid-murid mendaftar dan melaporkan diri. Kemuncak program ini adalah bermulanya Gimik Persembahan oleh Murid Tahun 6 Intan yang diketuai oleh Saudari Echlinah Philip. Aktiviti senamrobik  bertambah rancak apabila Cikgu Masru Mustakim mula menerajui senamrobik yang sekaligus mengamatkan suasana. Walaupun bilangan murid di sekolah ini begitu sedikit, namun segala permasalahan dapat diatasi dengan jayanya. Beberapa aktiviti bercorak pertandingan telah diadakan antara Pertandingan Menimang Bola Takraw bagi Murid Lelaki manakala Murid Perempuan berpeluang beraksi dalam Menimang Bulu Tangkis. Selain itu, pertandingan membina menara tertinggi menggunakan duit syiling sepuluh sen turut diadakan. 







Ahad, Julai 08, 2012

SK Kiandongo Tetap Menggigit


Walaupun tahun 2012, bilangan murid tahun 5 hanya sekadar 11 orang murid, Kontijen sekolah ini tetap berupaya menuai 2 butir pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSZT Ke 4 yang telah diadakan pada 4 - 5 Julai 2012. Bertepatan dengan moto sekolah 'Biar Sedikit Tetap Menggigit', sekolah ini berjaya berada di tangga kedua keseluruhan dengan meraih 2 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa. Manakala SRK Pekan Tongod , tuan rumah pada edisi kali ini diihat begitu unggul dengan jauh meninggal pencabar lain dengan pungutan 11 Emas,5 Perak dan 6 Gangsa. Kejohanan ini hanya membenarkan penglibatan murid yang berdaftar dengan usia 11 tahun dan ke bawah bagi mempersiapkan pasukan olahraga Zon Tongod yang akan bertanding di Kejohanan Olahraga MSSD Tongod (Telupid) 2013. Airolina Julis dan Jielson Jibin berjaya memenangi acara 80m Lari Berpagar . Di samping itu, Elvira Matthew , murid tahun 4 turut meraih pingat perak dalam acara yang sama. Penguasaan sekolah dalam acara 80m Lari Berpagar dilihat begitu jelas apabila Josly Juslim turut meraih pingat gangsa. SK Kiandongo turut meraih pingat perak melalui acara 100m (P) melalui Elviuena Jasmi, 4x200m (P) dan Lompat Tinggi (L) melalui Vickery Rezali. Manakala pingat gangsa disumbangkan melalui acara 4x100m (L&P), 4x200m (L), Lompat Tinggi (L) dan 100m (P). Elviuena Jasmi, murid tahun 4 menjadi penyumbang pingat terbanyak untuk kontijen sekolah pada edisi ini dengan 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Penguasaan sekolah ini selama 3 tahun berturut-turut dalam acara Lompat jauh perempuan B12 berakhir apabila tiada satu pingat pun diperolehi dalam acara tersebut. Legasi Pingat Emas yang sebelum ini disandang oleh Suhailin Lasius (2009), Shaflyn Laiwin (2010) dan Norjianah Aim (2011) gagal dipikul oleh Betlen Phillipmus dan Jenny Queleen. Kontijen SK Kiandongo membariskan 17 atlit dengan 3 murid tahun 3, 8 murid tahun 4 dan 6 murid tahun 5. Walaubagaimana pun pencapaian pada kali ini tetap boleh dibanggakan kerana 11 orang murid sekolah ini akan berpeluang untuk bersaing pada edisi 2013 di bawah kelolaan SK Imbak.






Sabtu, Julai 07, 2012

Juanita Raih Kedua Mewarna


Juanita Julin, murid tahun 5 Nilam telah berjaya mendapat tempat kedua Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Talesmia Daerah Tongod Kategori Tahap II. Program anjuran Klinik Kesihatan Tongod pada 28 Jun 2012 telah diadakan di Dewan Masyarakat Tongod telah berjaya menghimpun lebih 150 penyertaan. Sementara itu, Cerolinechryscilla Mor turut mendapat tempat ketiga dalam kategori yang sama. Manakala dua murid sekolah ini,Siti Nursaadah binti Julubin dan Nilziana Salleh turut menerima saguhati 




133 Sertai Kem Lambaian Ilmu 2012

Seramai 133 orang murid daripada lima buah sekolah dari Zon Tongod telah terlibat secara langsung dalam Kem Lambaian Ilmu 2012 yang diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2012. 24 orang murid tahun 6 sekolah ini telah mengikuti kem ini yang berkonsepkan motivasi dan pembinaan insan cemerlang. Kehadiran Pensyarah daripada IPGM Kampus Keningau , En Supian Sahir telah memeriahkan lagi intipati program ini yang banyak input dan motivasi kepada para peserta yang hadir. Kem ini telah dikelolakan oleh SK Imbak dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling Zon Tongod telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Institut Perhutanan Sabah (IPS) Cawangan Telupid. Beberapa penceramah turut dijemput untuk memantapkan para murid tentang tatacara menjawab soalan-soalan UPSR. Antaranya yang telah diundang untuk menyempurnakan bengkel menjawab soalan UPSR ialah En. Aron Abel Marcus (UPA PPD Tongod) Cik Dayang (SRK Pekan Tongod) serta En. Terry Thomas (SK Linayukan). Sementara itu, Norjianah Aim telah dipilih sebagai Peserta Terbaik Perempuan bagi edisi kali ini.






SK Kiandongo Sekadar Keempat Jejak Maklumat

Kumpulan Jejak Maklumat SK Kiandongo yang dibarisi lima murid terbaik di sekolah sekadar meraih tempat keempat dari enam belas buah sekolah rendah di daerah Tongod (Telupid) . Siti Nur Saadah , Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor, Norfaezah Laidin dan Shaflyn Laiwin telah dipilih untuk mewakili sekolah ini dalam pertandingan tersebut yang diadakan di SMK Telupid pada 22 Jun 2012. Walau timbul sedikit masalah penjurian , pasukan sekolah tetap berjaya mengharungi semua cabaran . Dalam pertandingan ini SK Sogo-Sogo telah muncul juara pada edisi kali ini