Rabu, Mei 30, 2012

Murid Tahun 1 Terima Suntikan Vaksin

Pada 14 Mei 2012 , SK Kiandongo telah dikunjungi oleh Unit Perubatan Bergerak dari Klinik Kesihatan Tongod. Kehadiran mereka bertujuan memberi ceramah kesihatan dan suntikan immunisasi dan vaksin kepada murid Tahun 1 Kristal.





Sabtu, Mei 19, 2012

Sukaneka Hari Guru 2012

Guru-Guru SK Kiandongo bersama kakitangan sekolah ini telah bergabung program sambutan Hari Guru yang lebih menjurus kepada keseronokan. Selepas bertungkus lumus selama 4 hari dalam peperiksaan , sekolah ini telah mengadakan program sukaneka bersempena Hari Guru yang baru disambut pada 16 Mei 2012. Sebanyak 8 kumpulan telah dibahagikan , melibatkan 11 hingga 12 orang bagi setiap kumpulan . Nama-nama kumpulan dipilih dari nama - nama haiwan seperti Seladang (Tambadau), Pelanduk (Palanuk), Labah-Labah (Korut), Ayam Belanda (Toruki), Musang (Tomuning), Ular Senduk (Tomomuo), Tenggiling (Belukung), Lipan (Rampagas). Sebanyak 9 acara yang dipertandingkan iaitu Pancing Ikan, Isi Air Dalam Botol, Lari Kepit Bola, Tiup Tepung, Hantar Getah Guna Straw, Makan Biskut Tergantung, Tarik Tali, Tiup Belon dan Bawa Bola Ping Pong Gina Sudu. Secara keseluruhan , pasukan Seladang yang memakai lilitan merah telah memenangi 2 daripada 9 acara yang dipertandingkan.

Ringkas Tapi Penuh Makna

Walaupun sekolah ini sibuk mengadakan peperiksaan, namun di atas tanggungjawab dan dedikasi yang tinggi para gurunya, SK Kiandongo yang diketuai Penolong Kanan Ko-Kurikulum , En, Jemsan Sakunding sambil dibantu oleh guru-guru yang lain telah mengadakan sambutan serba ringkas namun menerbitkan rasa keterujaan kepada murid-murid sekolah ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Seterusnya ,Cg. Jamesan menyampaikan perutusan khas Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Saudari Norjianah Aim tampil ke hadapan mendeklamasikan sajak 'Jasamu Dikenang' dan diikuti deklamasi sajak oleh Cikgu Masru Mustakim yang berjudul 'Guru Oh Guru'. Majlis diakhir dengan nyanyian 'Kami Guru Malaysia' oleh guru-guru SK Kiandongo dan Lagu Sekolah ' Pasti Jaya'. Program yang berlangsung selama 30 minit ini akan diteruskan lagi pada 18 Mei 2012 dengan acara sukaneka

Minggu Peperiksaan

SK Kiandongo telah mengadakan peperiksaan pada 14 hingga 17 Mei 2012. Peperiksaan turut melibatkan murid tahun 1 dan 2 walaupun mereka ini di bawah kendalian KSSR. Dijangka keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 21 Mei 2012 dan suatu Majlis Perjumpaan bersama PIBG akan diadakan pada 25 Mei 2012.



Masak-Masak Bersama Pengakap III

Seperti kelaziman pada tahun sebelumnya, Pengakap SK Kiandongo telah mengadakan program memasak menggunakan buluh sebagai elemen utama dengan menjadi lemang dan rendang ayam sebagai juadah. Seramai 23 orang ahli Pengakap dan 4 orang ahli PBSMM telah mengikut program ini yang diadakan pada 12 Mei 2012. Sebelum program ini diadakan, semua ahli telah mengumpul kayu api mengikut kumpulan masing-masing. Proses kerja yang dilaksanakan adalah menitikberatkan aspek kerjasama sekumpulan. Sementara aktiviti memasak menitikberat aspek kesabaran serta etika ketika menyediakan juadah. Program seperti banyak memberi rangsang dan minat kepada ahli-ahli untuk bergiat terus bergiat aktif walaupun dicengkam masalah kewangan dan uniform seragam.