Rabu, April 25, 2012

Kirol dan Echlinah Dipilih Wakili Daerah Telupid

Penglibatan Cerolinchryscilla @ Kirol dalam bidang di sukan diteruskan apabila beliau telah dipilih untuk mewakili Daerah Telupid dalam Kejohanan Bola Baling MSSB Sandakan di Kinabatangan bagi Kategori Perempuan bawah 12 Tahun. Beliau turut ditemani oleh Echlinah Philip yang di dalam pertandingan bersama 10 orang murid dari pelbagai sekolah di daerah Telupid. Di dalam kejohanan tersebut pasukan ini telah berjaya meraih tempat ketiga apabila telah seri dengan Sandakan (3-3), menang dengan Kinabatangan (4-1) dan tumpas kepada Beluran dengan 1-2. Manakala pasukan Lelaki 12 tahun berjaya menjuarai pertandingan ini dengan mencatat kemenangan ke atas Sandakan 10-8, Beluran 12-3 dan seri 5-5 dengan Kinabatangan. Sementera pasukan Perempuan 18 tahun menduduki tangga kedua dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kinabatangan dan 2-1 ke atas Beluran dan tumpas 2-3 kepada Sandakan. Sandakan telah dinobatkan johan keseluruhan memenangi 3 kategori iaitu P12, P18 dan L18.

Sabtu, April 07, 2012

Pameran dan Ceramah Alam Sekitar

Pada 21 Mac 2012, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Program Perlindungan Orang Utan Kinabatangan atau nama singkatan HUTAN telah memilih sekolah ini untuk menerapkan kepentingan penjagaan hutan, alam sekitar dan haiwan yang dilindungi. Kehadiran krew HUTAN telah memberikan rangsangan dan minat yang hebat apabila keterujaan wajah-wajah murid sekolah ini yang dahagakan ilmu dari agensi luar. Sesi ceramah telah diadakan di Dewan JKKK Kg. Kiandongo manakala sesi pameran diadakan di Kelas 1 Kristal dan Kelas 2 Mutiara.




Jumaat, April 06, 2012

Kirol sekadar Ke 11

Cerolinechryscilla atau dikenali sebagai Kirol muncul peserta terbaik wanita daerah Telupid dalam Kejohanan Catur MSSB Sandakan di SMK Entilibon pada 31 Mac - 1 April 2012 apabila menduduki tangga ke 11 daripada 20 peserta. Kirol meraih 3 mata hasil tiga kemenangan dan tiga kekalahan termasuk menewaskan Norjianah pada pusingan ke 6. Sementara itu Norjianah meraih tempat ke 13 hasilkejayaan 2 kemenangan 1 seri dan 3 kekalahan dengan mengumpul 2.5 mata.

SK Kiandongo Naib Johan Bola Baling Perempuan

SK Kiandongo meraih naib johan Pertandingan Bola Baling MSSD Telupid kategori Perempuan U12 Tahun setelah tewas tipis 2-3 kepada SK Takungan pada perlawanan akhir. Pertandingan yang diadakan pada 4 April 2012 di SMK Entilibon turut menyaksikan Cerolinechryscilla Mor dan Echlinah Philip dipilih mewakili Daerah Telupid bagi menyertai Kejohanan Bola Baling MSSB Sandakan di Kinabatangan pada 12 April 2012. Pada peringkat kumpulan, SK Kiandongo yang diletakan dalam kumpulan A telah berjaya menumpaskan SK Batu 4 Telupid dengan 7-1 dan membenam SK Langkabong 3-2. Kemenangan tersebut telah melayakkan SK Kiandongo ke peringkat separuh akhir untuk bertemua Juara kumpulan C, SK Pekan Telupid. Ibarat pertemuan Sang Gajah dengan Sang Semut berdasarkan status sekolah ini sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Kiandongo melakar kemenangan tipis 1-0 dengan suasana perlawanan berlangsung dalam keadaan mendebarkan. Sementara satu lagi peringkat separuh akhir menemukan SK Takungan dengan SK Mengkawago yang dimenangi oleh SK Takungan dengan keputusan 4-2. SK Mengkawago meraih tempat ketiga apabila menundukkan SK Pekan Telupid dengan keputusan 4-2. Bagi Kategori lelaki, SK Kiandongo yang menyenaraikan 12 pemain termasuk 3 pemain dari SK Sogo-Sogo telah tumpas kepada SK Pekan Telupid dengan keputusan 0-2. Pasukan ini menduduki tangga kedua Kumpulan A apabila mencatat keputusan seri dengan SK Mengkawago. Kejayaan SK Kiandongo dilihat sungguh unik apabila hasil usaha Cikgu Stonny, Cikgu Rashdan dan Cikgu Jemsan serta guru-guru yang lain dalam tempoh tidak sampai 2 minggu.

Zon Tongod Terkulai Di SMK Telupid

Selepas menjuarai pertandingan peringkat Daerah Telupid selama dua tahun berturut-turut , Zon Tongod terpaksa melepaskan takhta selaku kuasa bolasepak Daerah Telupid apabila kecundang kesemua tiga perlawanan . Walaupun Zon Tongod berjaya bermain baik dengan strategi yang mantap, ketumpulan penyudah dan bermain di padang becak menyebabkan Zon Tongod telah tumpas kepada Zon Telupid 0-2, Zon Ulu Sapi 0-1 dan Zon Entilibon 0-2. Keputusan pada kali ini disifatkan sebagai yang terburuk berikutan kegagalan penyerang menjaringkan sebarang gol. Namun demikian , seramai 4 orang murid dari Zon ini telah dipilih mewakili Daerah Telupid.

Bolasepak : SK Kiandongo sekadar Kedua

SK Kiandongo hanya sekadar berpuashati tempat kedua dalam Pertandingan Bola Sepak Zon Tongod apabila dijinakkan oleh pasukan SK Sogo-Sogo dengan keputusan 0-8. Seolah-olah seperti membalas dendam terhadap kekalahan besar 27-0 dalam pertandingan Bola Jaring, pasukan SK Sogo-Sogo berusaha bermati-matian agar keputusan besar dapat dicatatkan. SK Sogo-Sogo dilihat unggul dalam bolasepak apabila turut membelasah SK Pekan Tongod dengan 7-0. Sebelum itu, Aeron Dimo menjaringkan 4 gol untuk membolehkan SK Kiandongo menang dengan 4 gol tanpa balas dengan SK Pekan Tongod. Kejohanan yang diadakan pada 26 Mac 2012 di Padang SK Sogo-Sogo adalah bertujuan memilih pemain bagi mewakili Zon Tongod pada pertandingan peringkat Daerah di SMK Telupid pada 29-30 Mac 2012. Tiga orang pemain sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Zon Tongod iaitu Aeron Dimo, Jelikmus Phillipmus dan Shamrizal Sangkala.

Cerolinechryscilla Ke 4 Terbaik Catur Daerah

Saudari Cerolinechryscilla Mor telah melakar sejarah apabila menduduki tempat keempat Kejohanan Catur MSSD Telupid pada 20 Mac 2012 kategori perempuan U12. Cerolinechryscilla yang dikenali sebagai Kirol telah mencatat 3 Kemenangan dan 2 Kekalahan untuk memungut 3 mata. Rakannya Norjianah hanya berjaya meraih tempat ketujuh apabila mencatat 2 Kemenangan 1 Seri dan 2 Kekalahan. Sementara itu bagi kategori lelaki Saudara Sulnin mendapat tempat ke 12 daripada 19 peserta dengan 3 Kemenangan dan 3 Kekalahan. Jelikmus yang mencatat 2 Kemenangan dan 4 Kekalahan hanya mampu berpuas hati tempat ke 17. Kejayaan Kirol meraih tempat ke 4 melayakkan beliau secara automatik untuk mewakili Daerah Telupid pada peringkat MSSB Sandakan. Bagi Norjianah Aim , beliau diletakkan sebagai pemain simpanan bagi menggantikkan mana-mana pemain yang menarik diri.

Jom Pancing Episod 2

Pengakap Kumpulan 16 SK Kiandongo telah mengadakan aktiviti memancing di sekitar kawasan sekolah pada 8 Mac 2012 bagi menguji tahap kesabaran para ahlinya , di samping turut mewujudkan satu pertandingan sihat di kalangan ahlinya untuk bekerjasama untuk meraih hasil tangkapan. Di dalam aktiviti ini, ahli-ahli Pengakap telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Baloo, Bagheera dan Rama. Kumpulan Baloo yang diketuai oleh Ketua Sekawan Eloyena Jasmi telah berjaya meraih tempat pertama apabila mencatat 0.850 kg bagi berat ikan keseluruhan. Kumpulan Rama mendapat tempat kedua dengan jumlah berat tangkapan hanya 0.620 kg. Manakala kumpulan Bagheera dengan 0.480 kg berat. Ikan-ikan yang ditangkap dibersihkan dan dibakar serta dimakan bersama-sama dengan ahli-ahli pengakap yang lain.


Norfaezah Cipta Kejutan

SK Kiandongo sebuah sekolah yang hanya mempunyai 5 orang murid beragama Islam telah menunjukkan kehebatan yang luar biasa apabila penyertaan pertama dalam Pertandingan Bercerita pada Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Telupid telah membuahkan hasil. Kejayaan Norfaezah binti Laidin telah memberi impak yang besar kepada sekolah ini kerana tiada guru Agama Islam atau guru J-QAF tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk meraih tempat ketiga Pertandingan Bercerita Kategori Perempuan Sekolah Rendah. Saudari Norfaezah yang mendapat bimbingan dari Cikgu Masru Mustakim telah menarik minat Tuan PPD Drs. Mahanin Osman akan kesungguhan dan komitmen para guru dan murid-murid untuk menglibatkan diri walaupun dicengkam masalah kewangan dan kedaifan fizikal bangunan. Pertandingan yang diadakan pada 22 Mac 2012 di SMK Ulu Sapi turut menyelitkan pertandingan lain seperti nasyid, hafazan dan sebagainya.

Di Luar Jangkauan

Kemampuan Pasukan Bola Jaring SK Kiandongo dalam Kejohanan di peringkat daerah Telupid menemui kegagalan. Walau bagaimana usaha yang ditunjukkan oleh para pemain sekolah ini masih menunjukkan tanda positif walaupun dari segi teknik masih perlu banyak dipelajari. Pasukan SK Kiandongo turut menampil 2 murid SK Sogo-sogo bagi membentuk satu kerjasama yang mantap. Pasukan ini telah tumpas dengan SK Batu 4, Telupid dengan keputusan 2-4 dan mengakhiri cabaran dengan tumpas kepada SK Pekan Telupid B dengan 3-10. Dalam pertandingan ini, SK Penangah muncul juara dengan menewaskan SK Takungan di perlawanan akhir. Kejohanan ini telah berlangsung pada 6 Mac 2012 bertempat di Dewan SMK Telupi