Jumaat, September 30, 2011

Red Hunter Sambar Kejuaraan Badminton

Ketiadaan Elsie Peter dan Norjianah Aim di dalam pasukan Blue Warrior telah menyebabkan pasukan tersebut tumpas mudah 0-3 di peringkat Separuh Akhir ketika menentang Red Hunter. Kejayaan itu membolehkan Red Hunter mara ke peringkat akhir untuk menentang Green Shooter. Green Shooter mara ke akhir setelah menundukkan pasukan Yellow Thunder dengan 2-1. Pada perlawanan akhir, pasukan Red Hunter menundukkan pasukan Green Shooter dengan keputusan 2-1. Pertandingan badminton ini diadakan sempena Karnival Kokurikulum 2011 dan ianya merupakan pertama kali acara badminton ini dipertandingkan berbanding pada tahun sebelum. Semua perlawanan telah berlangsung pada 29 September 2011 bertempat di Dewan JKKK Kg Kiandongo Darat.

Khamis, September 29, 2011

Blue Warrior Dominasi Acara Futsal, Bola Jaring dan Sepaktakraw

Setelah menjuarai acara Bola Tampar Kategori Lelaki dan Wanita,dominasi pasukan Blue Warrior di dalam Karnival Ko-Kurikulum diteruskan dalam acara Futsal (Lelaki dan Perempuan), Bola Jaring dan Sepaktakraw . Pasukan Futsal Lelaki Blue Warrior dilihat begitu unggul apabila memenangi semua perlawanan dengan jayanya apabila menundukkan Red Hunter 2-0, Green Shooter 3-0 dan menewaskan Yellow Thunder dengan 2-1. Berbeza dengan pasukan wanitanya yang ditundukkan oleh Yellow Thunder dengan jaringan 4 gol tanpa balas, pasukan tersebut masih kelihatan gagah untuk mengungguli acara Futsal wanita apabila menang dengan perbezaan gol berbanding dengan pasukan Red Hunter.Manakala bagi acara bola jaring, sumbangan 14 gol oleh saudari Norjianah Aim telah membantu pasukan Blue Warrior menjadi johan Bola Jaring setelah menang kesemua perlawanan iaitu menang 6-1 dengan Green Shooter,menewaskan Red Hunter 6-5 dan menang 5-1 ke atas Yellow Thunder . Sementara itu, pasukan Blue Warrior A yang mengandingkan Jainus, Zilwafrid dan Aeron telah menewaskan pasukan Red Hunter B yang dianggotai oleh Zac falcather, Sulnin dan Alexsius dalam saingan perlawanan akhir sepaktakraw dengan keputusan 2-1.


Khamis, September 22, 2011

Blue Warrior sambar Kejuaraan Edisi 2011

Pasukan Wanita Blue Warrior muncul juara berganda Karnival Bola Tampar apabila berjaya merangkul kejuaraan Kategori Wanita dan Kategori Keseluruhan (Piala Juara-Juara) apabila mengenepi saingan daripada pasukan Red Hunter dan mengejutkan pasukan Lelaki Blue Warrior dalam pertandingan akhir Piala Juara-Juara dengan keputusan 15-5,12-15,15-12 (2-1).Pertandingan yang dilangsung pada 19 hingga 22 September 2011 telah melibatkan 8 pasukan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori wanita, kategori lelaki dan kategori keseluruhan. Pasukan Blue Warrior muncul juara kedua-dua kategori manakala pasukan Red Hunter hanya berpuas hati sebagai naib johan dalam kedua-dua kategori. Pertandingan ini telah dilangsungkan pada tahun 2009 dan kemuncak daripada program seperti ini telah menjadi Pasukan wanita sekolah ini muncul Juara Zon Tongod pada tahun 2010. Namun disebabkan oleh tindakan sebuah sekolah yang berdekatan yang mensabotaj jadual perlawanan pada peringkat daerah menyebabkan peluang murid-murid sekolah ini untuk pergi jauh telah dinafikan.

Khamis, September 15, 2011

UPSR Berakhir : Meningkat atau Merosot?

Peperiksaan UPSR yang bermula 13 hingga 15 September 2011 melabuhkan hari dengan menimbulkan pelbagai perasaan dan tanda tanya kepada guru-guru sekolah ini. Pada tahun 2010, prestasi sekolah ini adalah 21.4% kelulusan dengan 3 daripada 14 orang muridnya berjaya lulus dengan baik. Manakala pada tahun 2011 seramai 20 orang calon didaftarkan, namun hanya 18 orang yang menduduki peperiksaan ini. Setelah semakan awal dibuat khususnya membabitkan soalan-soalan objektif, pencapaian murid-murid di sekolah ini masih di dalam keadaan yang cukup melegakan dan dijangkakan kemungkinan berlaku lonjakan kepada sesetengah murid di sekolah ini. Walaupun dua peperiksaan sebelum ini, hanya dua murid sahaja berjaya lulus. Diharapkan UPSR 2011 bakal mencatat satu lagi keputusan yang memberangsangkan