Jumaat, Jun 24, 2011

Majlis Menandatangani Buku Rekod Murid

Unit Peperiksaan dan Penilaian mengorak langkah awal untuk merangka strategi peningkatan akademik dengan mengadakan majlis menandatangani buku pelaporan prestasi PKBS pada 23 Jun 2011 yang melibatkan Murid Tahun 2 - Tahun 6 sahaja. Walaupun program ini diadakan secara ringkas namun ia tetap menjadi tunjang kepada pihak sekolah untuk sama berkongsi pemasalahan murid khususnya dalam akademik bersama ibu bapa. Kehadiran ibu bapa yang mencapai tahap 90% amatlah dihargai walaupun pihak SMK Tongod turut mengadakan program yang hampir serupa di Dewan Masyarakat Tongod.

Khamis, Jun 23, 2011

Teruskan Tradisi Gotong Royong

Tradisi Bergotong Royong melibatkan ibu bapa, guru dan murid-murid mungkin tidak lagi diamalkan pada masa kini. Namun SK Kiandongo sebuah sekolah kecil di daerah pedalaman Tongod menjadi sekolah yang wajar dicontohi oleh mana-mana sekolah bandar mahupun luar bandar berdasarkan keupayaan sekolah ini menyemaikan semangat kerjasama dalam suasana yang penuh muhibah. Aktivti gotong royong pada kali ini telah berjaya menghimpun lebih 150 orang ibu,bapa,belia, remaja dan juga Ketua Kampung Kiandongo, En. Mahir Rio untuk menjayakan program pada kali ini. Program gotong-royong pada kali ini adalah bersempena Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd yang bakal dilangsungkan pada 4-7 Julai 2011.Komitmen para guru, murid, ibu bapa dan penduduk Kampung Kiandongo dan Kampung Malagatan di dalam menjaya aktiviti seperti ini amatlah dihargai.

Ahad, Jun 19, 2011

4 Rumah Sukan Bakal Berentap Lagi


Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah SK Kiandongo (MSSKd)pada 16 Jun 2011 telah memutuskan 4 hingga 7 Julai 2011 akan diadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd. Kejohanan pada kali ini turut menyelitkan acara badminton yang melibatkan ahli MSSKd dengan ahli PIBG pada 4 Julai 2011. Pada tahun 2010, pasukan Cenderawasih berjaya dinobatkan sebagai juara. Pada kali ini, murid-murid sekolah ini yang pernah mewakili Zon dipisahkan bagi mengelakkan didominasikan oleh sesuatu pasukan. Olahragawati Zon Tongod , Echlinah Philip diundi mewakili Rumah Sukan Kuning (Rajawali) manakala penyandang acara 100m, Kirol Mor diundi mewakil Rumah Sukan Merah (Cenderawasih). Kejohanan pada kali ini dijangka bakal menonjolkan atlit harapan sekolah yang berusia 10 tahun ke bawah antaranya Jielson Jibin (10 tahun), Jack Milis (10 Tahun), Ferlent Philip (9 Tahun), Elvira Matthew (9 Tahun), Jirol Ginal (8 Tahun) dan Afely Aim (8 Tahun). Mampukah atlit yang mewakili Zon Tongod seperti Shaflyn Laiwin atau Norjianah Aim menyerlah bakat mereka pada kali ini. Tunggu .