Ahad, Januari 23, 2011

Gotong Royong Pertama 2011



Pada 22 Januari 2011, SK Kiandongo telah mengadakan satu gotong-royong yang melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah ini bagi membersihkan kawasan dalaman sekolah termasuk membaikpulih lantai Bilik Guru dan Pusat Sumber Sekolah yang rosak teruk akibat dimakan anai-anai dan dimamah usia. Usia sekolah yang sudah menjengah 22tahun dengan prasarana serba kekurangan banyak mengajar erti kesabaran para guru dan murid di sini yang masih menanti pembangunan.Sebahagian kos pembaikpulihan lantai ini ditanggung oleh para ibu bapa dan guru sekolah bagi memastikan tahap keselamatan dan pendidikan di sekolah ini dapat dipertingkatkan

Nazir Lawat SK Kiandongo

Pada 18 Januari 2011, SK Kiandongo telah menerima kunjungan dari jemaah nazir yang terdiri daripada Cik Masinah dan Puan Elizabeth Pan. Kehadiran mereka bertujuan membaiki tahap pengurusan sekolah khususnya dari segi pengurusan fail dan pengendalian pentadbiran. Kehadiran mereka berdua ini ekoran prestasi sekolah yang begitu membanggakan di dalam UPSR dan dianggap antara terbaik di daerah Telupid khususnya kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).

Ahad, Januari 16, 2011

Alfoy Ke Sekolah Seni

Alfoy Dimo menjadi murid pertama dari sekolah ini yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah ke Sekolah Seni Kuching. Kejayaan beliau ini merupakan satu pemangkin dan perangsang untuk murid-murid lain untuk mengikut jejak beliau.

Ahad, Januari 09, 2011

Andrew Justine Dilantik PK 1 Baru


Cikgu Andrew Justine telah dilantik secara rasmi sebagai Penolong Kanan 1 SK Kiandongo menggantikan Cikgu Kaldin Lampakas yang akan berpindah ke SK Inarad. Perlantikkan beliau diumumkan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Kiandongo, Encik Mohd Jasnee di dalam satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan pada 6 Januari 2011. Majlis Perpisahan tersebut diadakan serentak bersama Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2011 yang turut menyaksikan beberapa pertukaran portfolio. En. Andrew turut dilantik sebagai Bendahari Sekolah dan Guru Data EMIS yang baru.