Jumaat, Oktober 09, 2009

Persahabatan 3 Penjuru

SK Imbak, SK Sogo-Sogo dan SK Kiandongo telah mengembleng tenaga untuk menjayakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan Majlis Sukan Sekolah Zon Tongod.SK Sogo-Sogo telah dipilih sebagai lokasi pertandingan tersebut yang telah diadakan pada 9 Oktober 2009. Pasukan Bola Tampar (Wanita) sekolah ini telah tumpas dua set tanpa balas (2-0) kepada pasukan SK Imbak walaupun cuba bangkit pada set ke 2. Namun pasukan ini berjaya menebus kehampaan tersebut apabila berjaya kemenangan 2-1 menewaskan SK Sogo-Sogo.Manakala Pasukan Bola Sepak (Lelaki) sekolah mengalami kekalahan di dalam kedua-dua perlawanan. Dengan berbekal latihan 3 hari sebelum perlawanan ini bermula, kedua-dua pasukan perlu meningkatkan keupayaan diri untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Kem 1 Malaysia

Seramai 7 orang murid tahun 6 SK Kiandongo,Telupid telah terpilih untuk mengikut program Kem 1 Malaysia Siri 7 /2009 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertempat di Kem Malangang. Program ini telah berlangsung mulai 28 September 2009 hingga 1 Oktober 2009 telah berjaya mengumpul hampir 300 orang murid dari seluruh pelusuk negeri Sabah khususnya membabitkan sekolah-sekolah yang diklasifikasi sebagai pedalaman 1 dan pedalaman 2. Bagi daerah Tongod/Telupid, sebanyak 8 buah sekolah turut menghantar murid untuk mengikut program dengan SK Sogo-Sogo - 6 orang, SK Kapuron (5), SK Menanam (5), SK Linayukan (5), SK Entelibon (2), SK Pekan Telupid (2) dan SK Pekan Tongod (2). Program yang berobjektif untuk menyatupadukan murid tanpa mengira etnik mahupun kaum. Di simpang itu, melalui program ini ianya bakal memberi pendedahan bermakna kepada murid-murid akan kemajuan yang dicapai di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.