Sabtu, Mac 21, 2015

Home Visit

Program mengunjungi rumah "anak angkat" yang dilakukan oleh semua guru-guru atau lebih dikenali "home visit" telah tercapai sepenuhnya. Semua guru tidak terkecuali guru besar telah berkunjung ke rumah setiap anak angkat mereka meliputi Kg.Kiandongo dan Kg. Malagatan. Rata-rata ibu bapa telahpun bersedia menerima kehadiran setiap guru yang hadir.

Program yang berlangsung pada minggu lepas ini (10, 11, 12 Mac 2014) bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara murid, ibu bapa dan guru yang dipertanggung jawabkan ke atas anak mereka. Program yang berlangsung selama 3 hari ni telah mencuri masa guru-guru untuk melawat anak angkat mereka pada waktu yang sesuai.

Dalam masa yang sama, guru dapat berkongsi cerita mengenai anak angkat mereka secara lebih dekat dengan ibu bapa mereka. Ini meliputi makan-minum mereka, bilik tidur, tempat belajar, sejarah kelahiran, hobi dan sebagainya. Pengumpulan data ini digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah mereka dalam menghadapi UPSR pada tahun ini. Doakan kami berjaya.


 Ckg Anitah menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Memon John

 Ckg Anitah menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Purman Porisen

 
 Ckg Anitah melekatkan borang aku janji di dinding rumah

Ckg Stonny menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Wellnah Matturis

Ckg Stonny menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Shafika Laiwin


Guru Besar yang bergerak sendirian ke rumah anak angkatnya Michael

Ckg Susan menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Petty Syahdona


 Ckg Haidin menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada penjaga angkatnya Atikah Vincent

 Ckg Haidin bergambar bersama keluarga anak angkatnya Afely Aim

Ckg Masru menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada ibu anak angkatnya Suarini Salim
 
Ckg Masru menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada ayah anak angkatnya Elistina Jasmi

Ckg Vincent berbincang dengan ayah anak angkatnya Eyousrin Jalius
Ckg Jemsan menayangkan borang aku janji bersama anak angkatnya Elyana Maika

Ckg Betty bergambar bersama keluarga anak angkatnya Petedrus Petrus






Ckg Betty bergambar bersama keluarga anak angkatnya Sinlu Nikfik

Ckg Heldee bergambar bersama ayah anak angkatnya Sevika Rezali

Ckg Aizuddin bergambar bersama ibu anak angkatnya Effar Juslim


Isnin, Mac 09, 2015

UPSR 2012 : Siti Nursaadah Hero Sekolah

Terimbau kenangan tahun 2012, bilamana Adik Siti Nursaadah mengulangi sejarah kejayaan sekolah mendapat 5A. Maka dengan itu, sedikit perkongsian cerita bersama beliau sempat dirakam sebagai motivasi untuk mereka yang terlibat dengan UPSR.

Video Kejayaan Adik Siti Nursaadah

Ahad, Februari 22, 2015

Dialog Prestasi 2015

17 Feb 2015, baru-baru ini telah berlangsung "Dialog Prestasi" di antara  pihak sekolah dengan ibu bapa. Satu perjanjian telah dimetrai antara ibu bapa, murid dan guru (sebagai ibu atau bapa angkat murid). Perjanjian yang dimetrai di hadapan Timbalan pengarah Pendidikan Daerah Tongod (En. Jamain Bakut) ini, merupakan satu ikrar taat setia diantara tiga komponen utama iaitu Ibu bapa, guru dan murid melakukan yang terbaik bagi mencapai target UPSR murid tersebut. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulai dengan ceramah keibubapaan yang bertajuk "Mengapai Impian" telah disampaikan oleh Ckg. Masru Mustakim. Program kemudian diteruskan dengan "Dialog Prestasi" yang disampaikan oleh Ckg. Aizuddin Ashraf Bin Che Mohd yang membincangkan peningkatan prestasi sekolah sehingga kini. Perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid telah termetrai sekitar jam 11am sebelum ucapan pelancaran disampaikan oleh En. Jamain Bakut yang ditemani oleh rakan PPD En. Muhammad Soddiq Norazmi. Majlis di akhiri dengan penyampaian banuan RM100 kepada setiap murid yang disampaikan oleh setiap guru kelas masing-masing

 Ckg Aizuddin bentang prestasi sekolah




Program menandatangani perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid

 Laiwin Mahir (YDP PIBG) yakin anaknya mendapat 5A


 Ckg Stonny janji telepon model terbaru untuk Welnah Matturis

 Ckg Haidin dengan anak angkatnya Atikah VIncent 

 Ckg Anitah Matni dengan anak angkatnya Purman dan Memon 


 Ckg Vincent dengan anak angkatnya Eyousrin Jalius 


 Ckg Aizuddin dengan anak angkatnya Octovianus Koh Eng Luk 


Ucapan Pelancaran oleh En. Jamain Bakut (Timbalan PPD Tongod (Telupid)

Sabtu, Februari 14, 2015

MSSDT : Atlet Sekolah sumbang 4 Pingat

Sukan MSSDT yang berlangsung pada 08-09 Februari di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini telah melibatkan 6 orang atlet daripada sekolah ini bagi mewakili Zon Tongod. Apapun, tiga daripada mereka pulang tanpa membawa pingat dan 3 orang lagi telah menyumbang pingat perak bagi pasukan Tongod. Elistina Jasmi muncul atlet pertama sekolah yang menyumbang pingat perak bagi acara lompat jauh dengan jarak lompatan sejauh 3.55 meter di belakang tempat pertama daripada Zon Penangah adik Nurul Shazwani dengan jarak lompatan sejauh 3.66 meter. Sementara Adik Evanasasah daripada Zon Sapi di tempat ketiga dengan jarak lompatan sejauh 3.51 meter.

Atlet kedua daripada sekolah ini Adik Jirol Jinal menyumbang pingat kedua dan ketiga buat pasukan setelah berjaya di tempat ketiga bagi acara Lompat Jauh. Jirol mencatatkan jarak lompatan sejauh 4.28 meter setelah ketinggalan di belakang naib johan daripada Zon Entilibon Adik Horward Russel dengan beza sejauh 0.16 meter. Sementara Juara Lompat Jauh dimenangi oleh Adik Kejialbie Jose daripada Zon Ulu Sapi dengan jarak lompatan sejauh 4.68 meter. Bagi Acara Lontar Peluru, Jirol berada di tempat kedua dengan jarak lontaran sejauh 8.02 meter di belakang pesaing sepasukan Adik Erwin Jasrin 8.27 meter. Sementara tempat ketiga adik Adam Hakimi daripada Zon Sapi dengan jarak lontaran sejauh 7.83 meter.

Adik Dix Sagitan muncul atlet ketiga sekolah yang berjaya menyumbang pingat buat pasukan setelah berjaya meninggalkan pesaingnya dalam acara 80 meter lari berpagar. Dix yang memulakan momentum larian dengan baik sehinggalah ke penamat berjaya mengatasi 6 orang pesaingnya sebelum muncul naib johan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan terumatanya daripada Zon Telupid yang telah muncul juara dengan mengumpul 37 pingat emas keseluruhan. Tahniah diucapkan juga kepada penganjur kejohanan daripada Zon Tongod yang telah berusaha sebaik mungkin bagi menjayakan MSSDT pada tahun ini.

Untuk melihat lebih jelas acara balapan yang telah berlangsung, di sini kami ada sediakan link di bawah untuk sama-sama kita saksikan. Kami memohon maaf atas video yang kurang jelas. Untuk menyaksikan video yang lebih jelas, bolehlah mendapatkan salinan softcopy dalam bentuk DVD dengan harga RM10. (Hubungi Masru 014-8608242)


Adik Jirol (1 Perak, 1 Gangsa) dan Elistina (1 Perak)
 Dix dibelanja makan setelah berjaya mendapat tempat kedua acara 80M Lari Berpagar

 Ckg Masru dan Ckg Kamarudin sempat "berposing"

 En. Paulus Yapas (GB Sk.Kiandongo) hadir memberi semangat

YB Datuk Masiung Banah hadir merasmikan Kejohanan Sukan

Jumlah kutipan pingat keseluruhan bagi setiap Zon


Johan          - Zon Telupid     - 37 Emas
Naib Johan - Zon Penangah  - 15 Emas
Ketiga         - Zon Tongod     - 11 Emas
Keempat     - Zon Entilibon   - 8 Emas
Kelima       - Zon Sapi           - 7 Emas

klik Link di bawah untuk melihat video acara balapan:

Selasa, Januari 27, 2015

MSSDT : Bola Baling Lelaki MEMONTOL!

Kejohanan Bola Baling MSSD Tongod (Teupid) yang telah berlangsung pada 26 & 27 Januari baru-baru ini telah menghadiahkan pingat emas bagi pasukan sekolah. Setelah berlatih hampir 2 minggu di bawah jurulatih Ckg Stonny Anthony dan Ckg Jemsan Sakunding, akhirnya pasukan lelaki berjaya menewaskan Sk.Gabungan 6-0, dan Sk. Maliau 9-0 di peringkat kumpulan. Dalam peringkat separuh akhir, pasukan sekolah telah membelasah pasukan Sk.Mengkawago 5-1 sehingga melayakkan pasukan sekolah memasuki peringkat akhir menentang Sk. Pekan Telupid. Perlawanan mencatatkan jaringan 5-5 semasa di penghujung perlawanan. Adik Jirol Ginal muncul hero pasukan sekolah setelah menjaringkan gol kemenangan di minit terakhir perlawanan menjadikan keputusan 6-5. Inilah yang dikatakan oleh mereka Sk.Kiandongo "memontol"..

Pasukan perempuan juga "memontol" pada perlawanan pertama setelah menundukkan pasukan Sk.Gabungan 5-0. Namun, malang bagi nasib pasukan perempuan bilamana gagal menundukkan pasukan Sk.Mengkawago dengan kekalahan 1-3. "gol mudah" kata jurulatih sekolah Ckg Stonny. Keputusan perlawanan, Sk.Entilibon muncul juara setelah berjaya menundukkan pasukan Sk.Langkabong 2-1. Pasukan perempuan sekolah terpaksa balik awal setelah tersingkir di peringkat kumpulan. Tidak "memontol".. haha

Apapun, 3 orang daripada pasukan sekolah telah terpilih ke peringkat MSSB Sandakan. 2 orang lelaki iaitu Jirol Ginal dan Dix Sagitan. Sementara pasukan perempuan iaitu adik Elyana Maika . Tahniah kepada yang terpilih. Majulah sukan untuk sekolah dan daerah khususnya.

 Medal kemenangan pasukan lelaki


 Gambar pasukan lelaki

 Gambar pasukan lelaki bersama guru-guru (Jurulatih)


Gambar Pasukan Perempuan

Rabu, Januari 21, 2015

Kolaboratif Akademik UPSR : BERABIS 2015

Selamat datang diucapkan kepada pegawai "Mentor" bagi SK.Kiandongo dan SK. Imbak iaitu En. Soddiq dan En. Deraman. Satu pertemuan telah diadakan bertempat di Sk.Kiandongo. ini bertujuan membincangkan halatuju yang jelas dan tepat serta mempunyai sasaran yang munsabah (KPI dan Headcount).

Pada tahun ini, GPS sekolah diharap akan dapat mencatatkan penurunan positif ke arah 2.30 setelah sebelumnya (2014) mencatatkan 2.45. Hasil perbincangan menerangkan bahawa, penurunan GPS banyak dipengaruhi oleh pihak pentadbir sekolah sementara penurunan GPMP banyak dipengaruhi oleh peranan guru-guru matapelajaran.

Berikut merupakan KPI GPMP bagi setiap matapelajaran bagi tahun 2015.
BMK 2.10
BMP 1.41
BI      2.95
MT    2.55
SN     2.50

Kejayaan sekolah banyak bergantung pada tahap kesungguhan dan daya usaha daripada semua pihak khususnya guru dan murid. Jika tercapai KPI tersebut, maka sekolah akan melonjak ke "band 3'. Apapun, semoga program kolaboratif ini telah memberi sedikit suntikan semangat buat semua guru-guru matapelajaran khususnya untuk membuat yang terbaik bagi "kemenjadian" setiap murid. Bertemu di puncak kejayaan.


 En. Soddiq  dan En Deraman berkolaboratif dengan guru-guru matapelajaran daripada Sk.Kiandongo dan Sk.Imbak